Jauh Tinggalkan Pesaing, Xiaomi Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia Setakat Februari 2024

Penganalisis Canalys menyenaraikan 5 pengeluar telefon pintar yang kini menguasai pasaran di Malaysia.

1. Xiaomi tinggal jauh pesaingnya


Menurut Canalys, Xiaomi mempunyai volum penghantaran tertinggi pada Februari 2024, mencapai pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 56% dengan menghantar sejumlah 133,000 unit.

Pertumbuhan ini didorong oleh peranti mampu milik seperti Redmi A3 yang hanya berharga RM429 dan Redmi 13C yang baru dilancarkan pada harga RM499 sahaja.

(Anggaran untuk Xiaomi ini termasuklah sub-jenama POCO; OPPO termasuk OnePlus)



Beli produk Xiaomi di stor rasmi:

2. vivo


vivo berada di tangga kedua dengan menguasai bahagian pasaran telefon pintar mereka di Malaysia sebanyak 13%, selepas menghantar 92,000 unit.

Model teratasnya, Y100 5G yang berpatutan harganya RM1,199 dilihat berjaya memanfaatkan peningkatan penembusan 5G di negara ini.

Kapsyen: vivo Y100 5G.

Beli vivo Y100 5G di stor rasmi:




3. Apple ditangga ke-3 walau permintaan iPhone 15 lemah


Gergasi teknologi dari AS, Apple menyaksikan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 168% tahun ke tahun dengan menghantar 86,000 unit sambil turut mendahului penghantaran mengikut nilai jualan.

Pertumbuhannya dibantu dengan meluaskan saluran jualannya dengan memasukkan operator telekomunikasi Yes Mobile.

Walau bagaimanapun, diskaun yang banyak untuk siri iPhone 15 pada awal tahun ini juga menunjukkan bahawa permintaan adalah lemah berbanding pertumbuhan penghantaran.

Kapsyen: iPhone 15 Pro.


Beli barisan iPhone yang asli dari stor rasmi Apple di:

4. TRANSSION buat kejutan besar


TRANSSION atau anda lebih kenalinya dengan TECNO dan Infinix mencatatkan pertumbuhan volum yang luar biasa 169% tahun ke tahun selepas menghantar 82,000 unit peranti.

Portfolio produk peranti yang bergerak pantas dan mampu milik seperti siri Infinix Hot 40 berharga RM549 dan siri TECNO Spark 20 serendah RM699 berjaya menembusi pasaran yang lebih kecil dalam saluran terbuka di Malaysia.



Beli telefon pintar Infinix dari stor rasmi di:

Dapatkan telefon pintar TECNO dari stor rasmi di:




5. Samsung masih kukuh


Gergasi teknologi dari Korea Selatan pula, Samsung hanya berada di tempat ke 5 pada pertumbuhan 12%. Tetapi dalam bahagian nilai jualan, ia adalah kedua tertinggi pada 22%.

Canalys menjangkakan, Samsung akan menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam nilai jualan pada suku pertama tahun 2024 ini, disokong oleh pelancaran siri Galaxy S24 dan premium julat pertengahan menerusi siri Galaxy A35 dan Galaxy A55.


Beli telefon pintar Samsung Galaxy  dari stor rasmi di:






 

 

Canalys dalam laporannya berkata, "“Pasaran telefon pintar Malaysia mengalami pertumbuhan 10% tahun ke tahun pada Februari 2024, mencecah 687,000 unit. Langkah yang diambil oleh vendor pada suku ke-4 2023 untuk meningkatkan jualan dan menormalkan inventori menyediakan ruang untuk pertumbuhan pada suku pertama 2024,” Sheng Win Chow, Penganalisis di Canalys.

Beliau menambah, “Pertumbuhan selanjutnya dijangka pada 2024 didorong oleh kitaran penyegaran semula jadi daripada lonjakan jualan pada 2021.”

Canalys mengunjurkan pertumbuhan 9.5% tahun ke tahun dalam pasaran telefon pintar Malaysia, mencecah 9.8 juta unit pada 2024.

{suggest}

Sumber: Canalys