Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda

Segmen telefon pintar pada harga bawah RM1000 memang banyak di pasaran. Kadangkala, sampai tidak tahu nak pilih yang mana.

Mana taknya, hampir kesemuanya mempunyai persamaan dari segi spesifikasi. Biasanya, telefon sebegini akan ditawarkan storan besar, kamera besar dan bateri besar. Namun, ada ciri yang akan dikorbankan. Apa dia? Teruskan membaca.

Cas Tak Cukup Laju




Pada kebiasaan, telefon pintar di bawah RM1000 memang ada yang memberikan kapasiti bateri yang besar. 

Walaupun begitu, pengecasannya tidak cukup laju. Adakala, bateri 5000mAh tetapi sokongan pengecasan tak sampai 50W. Ia agak perlahan sebenarnya.

Rangkaian 4G




Sekarang, rangkaian 5G amatlah penting. Lagi-lagi liputan 5G di Malaysia pun sudah meluas. Akan tetapi, kebanyakan telefon bajet RM1000 ke bawah hanyalah 4G. 

Telefon dengan 5G pada harga sebegini memang ada tetapi adakala spesifikasinya biasa-biasa sahaja.

Sepatutnya, segmen harga ini sudah patut bagi rangkaian 5G dan pada masa sama tidak korbankan spesifikasi lain.

Tapi, Ada Ke Telefon Macam Tu?




Pengguna mesti mahukan yang seimbang, baik dari segi spesifikasi dan juga harga. Namun, ada ke peranti sebegitu?

Sebenarnya memang ada. Kalau anda nak tahu, baru-baru ini TECNO membawa masuk telefon terbaru mereka, iaitu TECNO POVA 6 Pro 5G.

Dengan slogan, ‘5G unstoppable gaming performance’, ia menawarkan spesifikasi yang berbaloi untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

Bateri Besar, Cas Laju




TECNO Pova 6 Pro 5G ini hadir dengan kapasiti bateri sebesar 6000mAh yang mana boleh memberikan pengalaman gaming tanpa henti selama 11+ jam, 31+ jam panggilan suara dan 15+ jam menatal Facebook termasuk 14+ jam strim video.



Bateri habis pun tak perlu risau kerana ia hadir dengan pengecasan 70W Ultra Charge. Ia boleh berikan 50% dalam masa 20 minit dan cas penuh dalam masa 50 minit. Nak main sambil cas pun boleh sebab ia menyokong bypass charge.

Tambahan lagi, baterinya juga boleh bertahan serta dicas pada suhu ekstrem di bawah paras -20°C dan mampu memberikan kesihatan bateri sebanyak 80% dalam masa 6 tahun atau 1600+ kitaran cas.

Boleh ‘Install’ Banyak ‘Game’




Telefon ini juga didatangkan dengan storan 256GB. Jadi, bolehlah pasang (install) banyak permainan mudah alih di dalam peranti.

Selain itu, pengalaman bermain pun lancar tanpa lag kerana ia mempunyai memori sebesar 24GB RAM (12GB+12GB RAM maya).

Jadi, TECNO Pova 6 Pro 5G memang sesuai untuk dijadikan peranti gaming.

Skrin AMOLED Besar Dan Cantik




Salah satu perkara penting ketika bermain game adalah skrin.

TECNO Pova 6 Pro 5G dilengkapi skrin 6.78” AMOLED dengan resolusi FHD+, menyokong kadar segar semula 120Hz, warna 10 bit, gamut warna 100% DCI-P3 serta kecerahan maksimum 1300 nit.

Bukan itu sahaja, ia juga menerima penarafan TÜV Rheinland kurang cahaya biru dan mempunyai paparan PWM 2160Hz.

Dengan ini, nak gaming atau strim video akan memberikan kepuasan untuk anda.

Dwi-Pembesar Suara Stereo Dolby Atmos




Telefon dengan pembesar suara mono amatlah kurang enak. Namun, TECNO Pova 6 Pro 5G mempunyai dwi-pembesar suara stereo supaya bunyi audio lebih imersif.

Malah, ia juga hadir dengan Dolby Atmos dan ini merupakan peranti TECNO pertama yang mempunyai ciri sebegini.

Main ‘game’ Macam Pemain Pro




TECNO Pova 6 Pro 5G ini juga menerima penarafan PUBG dan Tencent Lab yang mana ia dilengkapi motor linear paksi-Z dan gyroscope untuk getaran bermain lebih imersif.

Tambahan lagi, ada juga ciri E-Sports Pro Virtual control V1.0 dengan 6 mod kawalan untuk “naik taraf” gaya permainan anda seperti pemain pro.

Kamera Pun Cantik




Walaupun banyak memfokuskan gaming, tetapi telefon ini turut didatangkan kamera utama 108MP ultra vivid. Ia akan memberikan gambar yang lebih jelas, vibran dan juga kurang hingar.

Untuk penggemar swafoto pun jangan risau kerana kamera depannya hadir dengan 32MP serta mempunyai dwi-tona flash yang akan menawarkan tona cahaya cool dan warm bergantung pada cahaya persekitaran.

Telefon Berbaloi Bawah RM1000




Selain ciri-ciri utama di atas, TECNO Pova 6 Pro 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6080 yang mana ia adalah pemproses 5G.

Jadi, tiada lagi isu ‘line’ internet perlahan semasa bermain permainan mudah alih kerana adanya rangkaian 5G.

Sekiranya anda tertanya-tanya, berapakah harganya, TECNO Pova 6 Pro 5G dijual pada tanda harga RM999.

Oleh itu, kepada anda yang sedang mencari peranti baharu tetapi bajet tidak cukup besar, TECNO Pova 6 Pro 5G sesuai untuk anda.

Klik pautan untuk beli -

Shopee - https://invl.io/clkxfb1

Lazada - https://invol.co/clkxfbt

TikTok - https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia

*Artikel ini dibawakan TECNO Malaysia