Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia

Berdasarkan data terbaru Canalys, jenama vivo berada di tangga kedua dalam menguasai pasaran telefon pintar di Malaysia dengan menghantar 92,000 unit setakat awal tahun 2024.

Kalau anda nak tahu, ada satu model yang menyumbang kepada angka tersebut, iaitu vivo Y100 5G. Secara tak langsung, ia menjadikan peranti vivo yang dicari ramai.

Apakah faktornya dan macam mana vivo Y100 5G boleh menjadikan tarikan ramai, anda boleh ketahui dengan lebih lanjut di sini. Jadi, boleh teruskan pembacaan.

Rekaan




vivo Y100 5G menawarkan kombinasi dua “rasa” – elegan dan selesa saat dipegang. Bukan sahaja memiliki rekaan berwarna ungu yang ‘trendy’ dan estetik, malah ditambah kemasan kulit pada panel belakang bagi memberikan keselesaan.



Selain Purple Leather, ia juga tersedia dengan warna Crystal Black yang mempunyai tekstur kristal 3D. Menariknya, tekstur ini boleh berubah secara dinamik di bawah cahaya dan bayang-bayang. Sebagai tambahan, model ini juga hadir dengan sokongan penarafan IP54.

Paparan Yang Jelas


Mengapa perlu berbelanja lebih jika ada yang lebih berbaloi? Itu lah yang boleh digambarkan bagi vivo Y100 5G.



Dengan vivo Y100 5G, pengguna boleh mendapatkan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ya, 120Hz dan bukannya 90Hz mahupun 60Hz.

Selain itu, ia dilengkapi sokongan DCI-P3, 394ppi serta maksimum kecerahan 1,800 nit.

Prestasi Lancar


Mempunyai telefon yang ‘slow’ bukan sahaja menyukarkan penggunaan seharian, adakalanya juga menguji kesabaran.

Manakan tidak, urusan yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa minit, mungkin berlanjutan sehingga berjam lamanya. Terutama sekali apabila melakukan aktiviti berat di telefon, seperti suntingan video, main game dan sebagainya.



Bagi melancarkan penggunaan, vivo Y100 5G hadir dengan janaan cip Snapdragon 4 Gen 2 bersama 8GB RAM dan 256GB storan yang menyokong penambahan sehingga 1TB. RAM maya ditambah 8GB - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 16GB.

Telefon ini menjalankan sistem operasi FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Bateri Besar, Cas Pun Laju


Main game dah lancar, buka media sosial pun sedar tak sedar dah habis scroll sampai ke bawah. Tapi bateri macam mana?



Tak perlu risau. Ini dia, vivo sediakan 5,000mAh bateri bersama pengecasan pantas 80W. Dalam tempoh setengah jam, telefon sudah mampu diisi sekitar 80% bateri.

Dwi 'Speaker' 3D


vivo Y100 5G menawarkan kualiti audio yang memuaskan dengan gandingan Dual Stereo Speaker dan Audio Booster.



Ia menampilkan Audio Booster dengan kelantangan 300% bersama tetapan Dual Stereo Speaker. Kualiti bunyi lebih halus dan jelas, serta menghasilkan kesan 3D yang lebih mantap.

Harga Mampu Milik


Secara ringkas, pengguna boleh menikmati vivo Y100 5G dengan rekaan kemasan kulit berwarna ungu, paparan AMOLED 120Hz, pembesar suara 3D, pengecasan pantas 80W, bateri 5000mAh, 8GB RAM dan storan 256GB.



Dengan segala spesifikasi berkuasa yang ditawarkan, berapa pula ‘maharnya’? Jangan risau, seperti dinyatakan ia merupakan peranti kelas pertengahan yang dijual pada harga mampu milik.



Untuk makluman, vivo Y100 5G diletakkan pada tanda harga RM1199. Dalam tempoh terhad, vivo menyediakan promosi istimewa bermula 28 Februari hingga 28 Mac 2024. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM298Pembelian boleh dilakukan melalui pautan INI.

*artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.