Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi A3_2

Redmi A3 Kini Tersedia Pada Harga RM429

Diterbitkan Mac 13, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi Malaysia kini mengumumkan kehadiran peranti kelas permulaan, Redmi A3 untuk pasaran tempatan.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Menyentuh spesifikasi, Redmi A3 dilengkapi skrin 6.71-inci dengan resolusi HD+, sokongan kadar segar semula 90Hz serta kecerahan 500 nit.

Redmi A3

Menguasakan peranti adalah cip MediaTek Helio G36 bersama gandingan 4GB RAM dan 128GB storan. Terdapat juga penambahan RAM maya sebanyak 4GB dan penambahan storan sehingga 1TB melalui kad mikroSD.

Redmi A3 dimuatkan dua tetapan kamera di bahagian belakang dan satu kamera swafoto ditempatkan pada paparan bertakuk.

Redmi A3 Kini Tersedia Pada Harga RM429

Bagi menghidupkan peranti, ia menawarkan bateri 5000mAh dengan port pengecasan USB-C. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Green, Black dan Blue.

Redmi A3 Kini Tersedia Pada Harga RM429

Di Malaysia, Redmi A3 diletakkan pada tanda harga RM429. Untuk pembelian boleh lawati Xiaomi Authorized Store berdekatan. Pengguna juga boleh membuat prapesan di Shopee atau Lazada bermula 15 Mac 2024.

  • Beli produk Xiaomi yang lain di Shopee: https://invl.io/clkuq61
  • Beli produk Xiaomi yang lain di Lazada: https://invol.co/clkuq5w

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY