Dengan populariti permainan mudah-alih yang kian meningkat, banyak pengeluar berminat untuk membangunkan peranti berspesifikasi tinggi dalam memberi pengalaman permainan yang lancar dan menyeronokkan.
Untuk menarik minat pengguna membeli peranti tersebut, kuasa cip pemprosesan bukan sahaja menjadi penentu, tetapi terdapat faktor lain juga seperti kadar segar semula skrin, saiz storan, dan kapasiti bateri.
Jika dahulunya telefon dengan spesifikasi yang padat dijual pada harga ribuan ringgit, kini ia boleh didapati dengan penawaran yang lebih mampu milik.
Merebut peluang ini, TECNO hadir di Malaysia dengan menawarkan telefon pintar yang mampu memberikan prestasi permainan menerusi TECNO Spark 20C.
TECNO Spark 20C
Menjanjikan ‘Pengalaman Permainan Lancar’, TECNO hadir dengan TECNO Spark 20C, sebuah telefon pintar prestasi permainan yang patut menjadi pilihan anda.
Jika anda bertanya kenapa TECNO Spark 20C patut dimiliki? Ini sebab-sebabnya.
Skrin gergasi dan berprestasi
Seperti yang dikatakan di awal tadi, skrin bersaiz besar menjadi faktor penting dalam membeli sesebuah telefon pintar.
Oleh sebab itulah, TECNO Spark 20C dilengkapi dengan skrin gergasi yang cukup besar untuk anda.
Dengan saiz skrin 6.56 inci, ia memberikan anda kepuasan bermain dan sudut pandang yang cukup luas. Tidak cukup dengan itu, skrin TECNO Spark 20C menyokong ciri kadar segar sehingga 90Hz.
Sekali gus memberikan pengalaman visual berkualiti dan lancar apabila memainkan permainan yang menuntut visual yang terang dan jelas.

Main tanpa henti
Satu lagi faktor yang menentukan ia sebuah telefon pintar yang baik adalah kapasiti bateri yang dimuatkan dalam sesebuah peranti.
Sebab itulah, TECNO memuatkan ke dalam TECNO Spark 20C mereka dengan saiz bateri yang cukup besar iaitu 5000mAh.
Dengan saiz bateri sebesar itu, anda tidak perlu pun bimbang kehabisan bateri apabila sedang asyik bermain.
Boleh saja anda bermain berjam-jam lamanya tanpa henti permainan kesukaan anda. Jika bateri kehabisan pula, anda tidak perlu juga risau kerana TECNO Spark 20C didatangkan dengan pengecasan pantas.

Prestasi permainan yang lancar
Sebagai sebuah peranti permainan, TECNO Spark 20C sudah tentunya menyampaikan kuasa yang cukup berprestasi bagi memainkan pelbagai judul permainan moden dan popular masa kini.
Sebab itulah ia dilengkapi dengan RAM 8GB serta saiz storan sebesar 256GB, bagi menyimpan pelbagai permainan popular di dalamnya serta menjalankan permainan tersebut dengan lancar.

Tak sangka, Fon RM399 Dapat Prestasi Macam Ni
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, TECNO Spark 20C adalah telefon pintar terbaru yang amat sesuai untuk pelbagai aktiviti harian anda.
Dengan spesifikasi berprestasinya, ia sememangnya berbaloi untuk dimiliki.
Tambahan pula, dengan harganya di bawah RM400, tiada model telefon pintar lain yang dapat menandinginya.

TECNO Spark 20C hanya berharga RM399 dan kini sudah tersedia di pasaran Malaysia. Menjadikan ia sebagai satu pembelian yang berbaloi. Bermain pun jadi lebih seronok.
Dapatkan TECNO Spark 20C di stor rasmi di:
Shopee: https://invl.io/clkrh9k
Lazada: https://invol.co/clkrh9a
*Artikel ini dibawakan TECNO Mobile Malaysia