Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WISER (16_9)) (14)

Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel

Diterbitkan November 27, 2026 oleh srhhazirah

Masih menyimpan kad Mesra fizikal Petronas lama di dalam dompet dan risau mata ganjaran (Mesra Rewards) di dalamnya bazir begitu sahaja?

Untuk makluman, Petronas tidak lagi mengeluarkan kad Mesra fizikal dan telah beralih sepenuhnya kepada kad maya melalui aplikasi Setel. Bagi pengguna yang mempunyai kad fizikal lama, baki mata ganjaran tersebut boleh digabungkan dengan memautkan (link) kad fizikal terus ke dalam akaun Setel yang sedia ada.

Cara Pautkan Kad Mesra Fizikal ke Aplikasi Setel

  1. Buka aplikasi Setel dan pastikan anda telah log masuk ke akaun anda. Buka aplikasi Setel dan pastikan anda telah log masuk ke akaun anda.
  2. Pilih menu 'Kad Mesra'. Pilih menu 'Kad Mesra'.
  3. Tekan butang 'Pautkan Sekarang' (Link Now). Tekan butang 'Pautkan Sekarang' (Link Now).
  4. Masukkan 17 digit nombor kad Mesra fizikal anda beserta maklumat pengesahan yang diminta seperti nombor kad pengenalan atau PIN 6-digit jika berkaitan. Masukkan 17 digit nombor kad Mesra fizikal anda beserta maklumat pengesahan yang diminta seperti nombor kad pengenalan atau PIN 6-digit jika berkaitan.

Sebaik sahaja pautan berjaya, kesemua baki mata ganjaran daripada kad lama akan diselaraskan secara automatik ke dalam akaun Setel anda.

Apa perlu buat jika kad gagal dipautkan?

Kadangkala proses pemautan boleh gagal atas beberapa sebab teknikal. Sekiranya anda menerima notifikasi ralat, semak perkara berikut:

  • Tersalah masukkan nombor kad. Pastikan semua 17 digit nombor pada belakang kad Mesra fizikal dimasukkan dengan tepat tanpa sebarang kesilapan ejaan.
  • Maklumat pendaftaran berbeza. Kad fizikal tersebut mungkin didaftarkan menggunakan nombor telefon, e-mel, atau nombor kad pengenalan yang berlainan daripada akaun Setel semasa anda.
  • Kad sudah dipautkan ke akaun lain. Jika anda pernah mendaftarkan kad tersebut pada akaun Setel terdahulu, sistem tidak akan membenarkan pautan dibuat pada akaun baharu.
  • Kad telah dinyahaktifkan. Kad fizikal yang sudah lama tidak digunakan dan dinyahaktifkan tidak lagi boleh dipautkan secara terus.

Jika anda mempunyai dua akaun Setel yang berbeza atau menghadapi masalah di atas, hubungi khidmat pelanggan Setel melalui ciri Live Chat di dalam aplikasi atau e-mel ke [email protected] untuk bantuan penggabungan akaun dan pemindahan mata ganjaran secara manual.

Berkaitan

  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY