Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda

Permainan mudah alih yang semakin popular menyebabkan semakin ramai pengguna kini beralih daripada konsol permainan yang besar dan komputer kepada peranti mudah alih yang lebih kecil dan ringan.

Mudah untuk dibawa ke mana-mana dan dimainkan dalam pelbagai keadaan.

Sebab itulah, TECNO membawakan telefon pintar ‘gaming’ kepada lebih ramai pengguna dengan hadirnya Tecno Spark 20 Pro di pasaran Malaysia.

TECNO Spark 20 Pro


TECNO Spark 20 Pro adalah model terbaru telefon pintar di pasaran yang mampu memberikan pengalaman ‘gaming’ yang lancar dan menyeronokkan.

Kapsyen: Tecno Spark 20 Pro hadir dalam reka bentuk premium dan elegen.


Menggunakan cip pemproses dari Mediatek Helio G99 Ultra Boost, ia memberikan kuasa kepada TECNO Spark 20 Pro dengan keupayaan memainkan pelbagai jenis permainan mudah alih dari peranti ini.

G99 Ultra Boost adalah CPU 8 teras berprestasi tinggi yang ditambah dengan GPU pemproses grafik berkeupayaan tinggi yang membolehkannya memainkan grafik 3D pada kualiti terbaik.

21GB RAM 


Malah ia juga dilengkapi dengan memori RAM LPDDR4X sehingga 21GB (12+9GB) yang sangat pantas dan jenis storan UFS 2.2 berkapasiti 256GB  yang mempercepatkan akses data dan memaksimumkan prestasi dalam permainan.

Sekali gus memberikan pengalaman bermain yang lancar dan menyeronokkan.


Kapsyen: Storan dan RAM besar pada Tecno Spark 20 Pro memacu akses data, memaksimumkan prestasi dalam permainan, aplikasi dan aktiviti harian.

Jimat Tenaga


Kelebihan utama telefon pintar ini ini juga adalah ia dilengkapi cip pemprosesan yang dibangunkan dengan seni bina 6nm, bermakna hayat bateri TECNO Spark 20 Pro bertahan lebih lama.

Ditambah pula dengan bateri berkapasiti 5000mAh, anda boleh bermain permainan dengan telefon pintar ini berjam-jam lamanya.

Kapsyen: Dengan sokongan pengceas pantas Super Chrage 33W, anda boleh bermain dengan Tecno Spark 20 Pro tanpa henti.

Skrin Dengan Kadar Segar Semula Tinggi


Sebagai sebuah peranti ‘gaming’ TECNO Spark 20 Pro sudah semestinya menggunakan skrin yang bukan sahaja bersaiz besar (6.78 inci), tetapi ia juga adalah skrin LCD HD+ berprestasi dengan keupayaan kadar segar sehingga 120Hz.

Menjadikan pengalaman bermain di peranti ini lancar dengan grafik yang mengagumkan.

Kapsyen: Skrin Tecno Spark 20 Pro memaparkan visual permainan berkualiti dan berprestasi.

Kamera 108MP


Walaupun TECNO Spark 20 Pro adalah sebuah peranti ‘gaming’, tapi Tecno tidak kedekut melengkapi telefon pintar ini dengan kamera utamanya yang menggunakan lensa 108MP dengan keupayaan 10x zum.



Harga Tiada Tandingan


Sebagai sebuah telefon pintar ‘gaming’, harga jualan bagi TECNO Spark 20 Pro ini sememangnya tiada tandingan.

TECNO Spark 20 Pro meletakkan dirinya sebagai sebuah telefon pintar ‘gaming’ permulaan dengan spesifikasi yang cukup berkuasa dengan menawarkannya pada harga yang sangat mampu milik.

Kapsyen: Tak perlu telefon harga beribu ringgit untuk main game, Tecno Spark 20 Pro pun dah cukup.


TECNO Spark 20 Pro hadir dalam 2 pilihan warna menarik, Moonlit Black & Sunset Blush dan 2 varian, Spark 20 Pro (8+256GB) berharga RM699 dan Spark 20 Pro (12+256GB) yang berharga RM799.



Tecno Spark 20 Pro sudah pun tersedia di platform rasmi Tecno di Shopee, Lazada dan TikTok.

*artikel ini dibawakan oleh TECNO Mobile Malaysia