Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Xiaomi 14 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan rata-rata peminat tempatan tertarik dengan telefon ini.

Benar, setiap tahun, telefon berkelas andalan daripada Xiaomi memang senantiasa mempertaruhkan prestasi perantinya tetapi pada masa yang sama tidak “merompak” atau “merobek” poket anda.

Kali ini, nampaknya poket anda mungkin sekali lagi akan “rasa kosong” kembali kerana ada 3 sebab utama dari segi prestasi pada Xiaomi 14 yang akan buatkan anda nak auto belinya dan jadikan daily driver.

Telefon Terbaik Sebagai Peranti Utama Harian Anda




Seperti diketahui, Xiaomi 14 dikuasakan cip berprestasi terbaru Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Cip 4nm ini hadir dengan kelajuan CPU sehingga 3.3GHz dan turut hadir GPU Adreno.

Dengannya, penggunaan peranti memang tidak menjadi masalah. Baik melancarkan aplikasi-aplikasi media sosial, bermain permainan mudah alih atau mahu menyunting menggunakan ciri AI yang ada dalam peranti pun tidak terasa perlahan.

Tambahan lagi, Xiaomi 14 sekali gus sesuai dijadikan peranti utama harian anda atau daily driver kerana ia lengkap serta sesuai untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa tanpa ada rasa lag dan juga mampu mengendalikan permainan mudah alih dengan mudah biarpun ia bukan dipasarkan sebagai telefon gaming.



Disebabkan seni bina cip ini 4nm, ia bukan sahaja berikan prestasi yang sedap ketika bermain permainan mudah alih semata-mata, ia juga mampu menawarkan prestasi bateri sepanjang hari.



Dari subuh, hinggalah sebelum mahu tidur, peratus baterinya masih lagi ada atau pun kira-kira 40%. Kalau anda tergesa-gesa mahu gunakannya kembali pun tak ada masalah kerana bateri 4610mAh ini boleh dicas laju dengan pengecas 90W HyperCharge. Cas penuh dengan boost mode hanya mengambil masa sekitar 35 minit.

Apertur Lebih Besar, HDR Lebih Baik, Hingar Gambar Kurang




Xiaomi 14 meneruskan lagi kolaborasi mereka dengan jenama kamera terkemuka, Leica. 

Apa yang menariknya, Xiaomi 14 dilengkapi lensa optikal Leica Summilux yang mana ia ada apertur yang besar dan sekali gus mampu memberikan gambar anda lebih cerah serta jelas.

Bercakap tentang jelas, peranti ini juga ada sensor imej Light Fusion 900. Apa yang ia lakukan adalah gambar anda akan ada HDR lebih tinggi dan pada masa sama hingar (noise) pada gambar.

Tambahan lagi, lensa Xiaomi 14 pun ada salutan anti-silau. Maknanya, prestasi gambar malam akan lebih cantik.

Bermakna, prestasi kamera Xiaomi 14 memang memenuhi keperluan fotografi anda kerana shutter yang laju untuk ambil gambar, resolusi tinggi yang membuatkan gambar tidak pecah dan gambar malam yang cukup baik.

Telefon Sedap Pegang, Skrin Cukup Terang




Kebanyakan peranti sekarang hadir dengan dimensi yang besar. Namun, ada juga yang kurang gembar telefon sebegitu.

Akan tetapi, Xiaomi 14 mempunyai rekaan yang sedap dipengang lebih-lebih sebelah tangan kerana saiz skrinnya 6.36 inci. Malah, nampak lebih luas kerana bezelnya sangat slim.

Paparannya pun kali ini didatangkan dengan panel C8 baharu yang mampu menawarkan resolusi 1.5k, kecerahan sehingga 3000 nits serta 68 bilion warna lebih vivid dan realistik.

Jadi, selain dapat hasil gambar anda yang cantik, penggunaan hiburan seperti menonton video atau kandungan HDR pun lebih puas kerana skrinnya juga hadir dengan HDR10+ dan Dolby Vision.

Miliki Telefon Berprestasi Tanpa Perlu Poket Berisi




Kalau anda tertanya-tanya berapa harganya, Xiaomi 14 di Malaysia ditawarkan dua varian, 12+256GB (RM3,499) dan 12+512GB (RM3,799).

Bersempena kehadirannya di Malaysia, Xiaomi ada mengadakan promosi pembukaan dengan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,647.94, Xiaomi Watch S3, Google One 100GB selama 6 bulan, jaminan tambahan dan penggantian skrin percuma.

Namun, promosi itu terhad hingga 21 Mac sahaja. Jika pembelian dibuat pada 22 Mac dan seterusnya, anda bakal dapat hadiah percuma premium bernilai sehingga RM1,347.94, Xiaomi 14 Gift Box, Google One 100GB selama 6 bulan, jaminan tambahan dan penggantian skrin percuma dalam masa 6 bulan selepas pembelian. (Sementara stok masih ada)

Klik pautan untuk beli - https://event.mi.com/my/xiaomi-14-series/

*Artikel ini dibawakan Xiaomi Malaysia