Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Hot 40 Pro_

Siri Infinix HOT 40 Kini Rasmi, Harga Bermula RM549

Diterbitkan Februari 19, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Infinix secara rasmi kini melancarkan Infinix HOT 40 Pro dan Infinix HOT 40i untuk pasaran Malaysia.

{suggest}

Infinix HOT 40 Pro

Infinix Hot 40 Pro_2

Infinix HOT 40 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.78-inci LCD dengan resolusi FHD+ bersama sokongan kadar segar semula 120Hz.

Menguasakan peranti adalah cip MediaTek Helio G99 dengan gandingan 8GB RAM dan 256GB storan.

Untuk kamera, ia dimuatkan tetapan tiga kamera terdiri daripada 108MP utama, 2MP makro dan kamera AI. Terdapat paparan berlubang di bahagian hadapan yang menempatkan 32MP kamera swafoto.

Infinix Hot 40 Pro_1

Bagi menghidupkan peranti, HOT 40 Pro diisi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Terdapat tiga pilihan warna tersedia iaitu Starlit Black, Palm Blue, Horizon Gold dan Starfall Green.

Infinix HOT 40i

Infinix turut memperkenalkan HOT 40i dengan skrin bersaiz 6.56-inci HD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz.

Hot 40i

Ia menampilkan janaan cip Unisoc T606 dengan memori 8GB RAM dan 256GB storan. Dua kamera dimuatkan di bahagian belakang dengan 50MP utama + kamera AI, serta kamera swafoto 32MP.

Sama seperti HOT 40 Pro, peranti ini juga dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh, tetapi dengan pengecasan 18W. HOT 40i juga tersedia dengan warna Starlit Black, Palm Blue, Horizon Gold dan Starfall Green.

Harga

Infinix HOT 40 Pro diletakkan pada tanda harga RM699, manakala HOT 40i berharga RM549. Kedua-dua peranti sudah pun boleh dibeli bermula hari ini.

  • Beli siri Infinix HOT 40 di Shopee: https://invl.io/clkr2f4
  • Beli siri Infinix HOT 40 di Lazada: https://invol.co/clkr2fc

Sumber: Infinix Mobile Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY