Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (3)

Ini Harga Rasmi Bagi Samsung Galaxy A55 Dan A35 Di Malaysia

Diterbitkan Mac 19, 2024 · Dikemas kini Mac 19, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas Samsung melancarkan telefon pintar terbaru siri Galaxy A, iaitu Galaxy A35 dan Galaxy A55, harga rasmi di pasaran Malaysia bagi kedua-dua peranti itu kini akhirnya didedahkan.

Screenshot 2024-03-19 110024
Samsung Galaxy A55
Screenshot 2024-03-19 105919
Samsung Galaxy A35

Sebagai ringkasan, spesifikasi dua telefon ini untuk pasaran Malaysia adalah sama seperti keluaran global.

Samsung Galaxy A55 dikuasakan oleh cip Exynos 1480 dan disokong oleh 12GB RAM + 256GB storan serta skrin jenis Super AMOLED 6.6 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera pula terdiri daripada 50MP utama, 12MP ultra lebar, 5MP makro dan 32MP swafoto.

Bagi kapasiti bateri pula adalah 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 25W.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Cara Kongsi Resit Transaksi Di Aplikasi CIMB OCTO
  • Google Malaysia Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Kadar Pertukaran Ringgit

Manakala, Galaxy A35 ini pula hanya mempunyai perbezaan dari sudut penggunaan cip iaitu Exynos 1380 dan kameranya yang terdiri daripada 50MP utama, 8MP ultra lebar, 5MP makro dan 13MP swafoto.

Harga untuk kedua-dua telefon ini adalah seperti di bawah.

  • Galaxy A55 (12GB + 256GB) = RM1,999
  • Galaxy A35 (8GB + 256GB) = RM1,699

Di samping daripada pembelian boleh dilakukan bermula 22 Mac 2024, Samsung Malaysia juga telah menyediakan promosi bernilai RM828 bagi setiap pembelian siri Galaxy A sehingga 30 April 2024.

Galaxy A55 5G & A35 5G KV

Beli produk siri Samsung Galaxy A di:

Shopee – https://invl.io/clkuhe2

Lazada – https://invol.co/clkuhe6

Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY