Kenapa Kena Korbankan ‘Spec’ PC Untuk Harga Yang Murah? PC Ni Ada Semuanya

Adakah anda sedang mencari sebuah komputer baharu bagi menggantikan komputer terdahulu lama anda pada tahun 2014 ini?

Jika ya, adalah penting untuk anda memahami keperluan sesebuah komputer yang bersesuaian dengan anda berdasarkan beberapa faktor utama.

Komputer adalah satu pelaburan yang besar, di mana sebagai pengguna, kita semestinya juga mengharapkan ia dapat bertahan untuk satu jangka masa yang lama. 

Jadi, adalah penting untuk memastikan anda membuat pilihan yang tepat dalam memiliki sesebuah komputer supaya ia berbaloi dan memberi nilai kepada anda.

Apa kata pengguna?


Untuk membantu anda menjawab persoalan ini, kami telah membuat satu survei ringkas kepada pengguna sendiri berkenaan dengan persoalan, faktor pembelian sesebuah komputer tersebut.


Jawapan pengguna


Hasil daripada survei yang kami jalankan di beberapa platform media sosial, ramai yang telah respon dan memberikan pelbagai pendapat masing-masing.

Ada yang menyatakan keperluan RAM sehingga 32GB, rupa dan hiasan warna yang menarik seperti dilengkapi RGB, jenis cip pemprosesan yang digunakan dan tujuan.

Tapi daripada kebanyakkan pendapat yang diberikan, rata-ratanya memfokuskan kepada satu jawapan yang sama iaitu spesifikasi dan harga.



Jadi, sebab itulah JOI®, jenama pengeluar komputer yang cukup terkenal dengan barisan komputer mampu milik tapi berprestasi mereka kini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Untuk tahun 2024 ini, JOI® hadir dengan komputer meja terbaru yang bukan sahaja cukup berkuasa, tapi dengan spesifikasi terkini yang ditawar pada harga yang cukup menarik berbanding pesaingnya.

JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 dengan Intel® Core™ Gen 14


Kapsyen: JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 juga dilengkapi spesifikasi terkini yang lain seperti menjalankan sistem operasi Windows 11 Pro terkini dan sambungan Wi-Fi 6.


JOI® hadir dengan model terbaru komputer meja mereka yang berkuasa yang dilengkapi dengan spesifikasi terkini menerusi JOI® PC Powered by ASUS CSM G4.

Dikuasakan cip pemprosesan terkini Intel® Core™ i5-14400 Gen 14 Desktop Processor, dan grafik dikuasakan Intel® UHD Graphics 730, ia mampu memberikan pengalaman bermakna sama ada anda bekerja, menstrim atau mencipta kandungan. 

Tidak kiralah anda dalam bidang profesional, perniagaan atau di rumah dan sekolah, JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 akan mampu menyampaikan prestasi yang diperlukan anda.

Fleksibiliti


Kapsyen: Spesifikasi JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 boleh dinaik taraf dengan mudah dan lengkap dengan port untuk menyokong pelbagai sambungan peranti luar yang lain.


Antara faktor utama lain yang dimahukan pengguna pada sesebuah komputer adalah ia mudah dikustomasi atau dinaik taraf.

Sebab itulah, komputer meja JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 menjadi pilihan sesuai untuk anda kerana ia mudah dinaik taraf.

Anda boleh menaik taraf perkakasan komputer meja ini seperti RAM dan storan yang mudah diakses bagi membolahkan anda menambah kapasiti dan prestasi komputer sekali gus mengikut kehendak anda.

Selain itu, jika anda mahukan ia mudah alih, JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 hadir dalam kerangka yang ringan dan mudah alih untuk anda menyusun dan menghias ‘workstation’ anda menjadi lebih eksklusif dan menarik.

Tambahan lagi, ia hadir dalam reka bentuk ringkas dan warna hitam yang memberikan rasa premium pada ‘workstation’ anda.

Lain-lain


Selain daripada spesifikasi dan fleksibiliti, terdapat faktor lain yang memberi nilai tambah yang mesti anda jadikan komputer meja JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 ini sebagai pilihan utama anda.

Kapsyen: JOI® menawarkan sokongan servis selepas pembelian yang boleh diakses daripada rangkaian luas pembekal perkhidmatan atau pusat servis JOI® di seluruh Malaysia.


Faktor lain itu adalah tempoh jaminan yang ditawarkan. JOI® menawarkan waranti selama 3 tahun di seluruh negara (*Semenanjung Malaysia Sahaja).

Jadi, jika berlaku kerosakan pada komputer tersebut, anda tidak perlu sakit kepala tentang kos pembaikan atau penggantian yang ketara pada perkakasan.

Kesimpulan




Apa yang dapat disimpulkan adalah, JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 adalah komputer meja yang hadir dalam pakej lengkap yang memahami kehendak semasa pengguna.

Dengan spesifikasi moden dan terkini, komputer meja JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 dengan Intel® Core™ generasi ke-14 ditawarkan pada harga yang sangat mampu miliki iaitu RM2,199 sahaja.

Komputer meja JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 sesuai untuk pelbagai fungsi umum, didatangkan sekali dengan papan kekunci dan tetikus dari Logitech yang diyakini jenamanya. Jadi, anda tidak perlu lagi berhabis duit untuk membeli aksesori tersebut.

Dengan pakej yang ditawarkan, ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai komputer meja dalam pelbagai urusan termasuklah urusan perniagaan, pejabat, pembelajaran dan isi rumah sebagai satu platform hiburan, kerja dan akses kepada pelbagai maklumat di internet.

Sesuai dengan kehendak pengguna yang mahukan spesifikasi terkini dan berkuasa pada sesebuah komputer tersebut. Menjadikan pembelian dan memiliki JOI® PC Powered by ASUS CSM G4 ini sebagai satu pembelian yang berbaloi dan hebat.

Berikut adalah varian dan pautan untuk membelinya: 

1. JOI® PC Powered By ASUS CSM G4 - (Intel® Core™ i5-14400)

  • Cip pemproses Intel® Core™ i5-14400

  • Papan induk ASUS H610M-K CSM

  • 8GB RAM

  • Storan SSD 256GB

  • Intel® UHD Graphics 730

  • Windows 11 Pro

  • Micro Tower Case

  • JOI® Waranti On-Site selama 3 Tahun (Malaysia Barat Sahaja)

  • Kombo dengan Papan Kekunci USB Logitech MK120 dan Tetikus


Beli di SINI

2. JOI® PC Powered By ASUS CSM G2 - (Intel® Core™ i5-12400)

  • Cip pemproses Intel® Core™ i5-12400

  • Papan induk ASUS H610M-K CSM

  • 8GB RAM

  • Storan SSD 256GB

  • Intel® UHD Graphics 730

  • Windows 11 Pro

  • Micro Tower Case

  • JOI® Waranti On-Site selama 3 Tahun (Malaysia Barat Sahaja)

  • Kombo dengan Papan Kekunci USB Logitech MK120 dan Tetikus


Beli di SINI

3. JOI® PC Powered By ASUS CSM G2 - (Intel® Core™ i3-12100)

  • Cip pemproses Intel® Core™ i3-12100

  • Papan induk ASUS H610M-K CSM

  • 8GB RAM

  • Storan SSD 256GB

  • Intel® UHD Graphics 730

  • Windows 11 Pro

  • Micro Tower Case

  • JOI® Waranti On-Site selama 3 Tahun (Malaysia Barat Sahaja)

  • Kombo dengan Papan Kekunci USB Logitech MK120 dan Tetikus


Beli di SINI

*Artikel ini dibawakan oleh JOI Malaysia