Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Mula Ketatkan Perkongsian Pelan Premium Family

Diterbitkan September 2, 2025 ยท Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Jika selama ini ramai menggunakan YouTube Premium Family tanpa tinggal di “rumah keluarga” yang sama, nampaknya YouTube kini mula mengetatkan perkongsian pelan ini mengikut polisi yang telah lama wujud.

Menurut laporan Android Police, YouTube mula menandakan (flag) akaun Premium Family di mana ahli-ahlinya tidak tinggal serumah dengan pengurus pelan.

Di Malaysia, YouTube Premium untuk pelan Family ditawarkan pada harga RM41.90/bulan. Ia membolehkan pengguna berkongsi akses YouTube dan YouTube Music tanpa iklan, dengan maksimum lima ahli lain.

Secara rasmi, semua ahli sepatutnya perlu tinggal serumah, tetapi YouTube sebelum ini tidak begitu ketat menguatkuasakan peraturan tersebut. Ahli yang tinggal di lokasi berbeza masih boleh menikmati akses Premium tanpa sekatan.

Kini, keadaan itu mula berubah dan tinggal di rumah berasingan mungkin boleh menyebabkan akses Premium ditarik balik.

Sebilangan pengguna mula menerima e-mel yang menyatakan keahlian YouTube Premium Family digantung sementara. E-mel itu memberi amaran bahawa jika sistem YouTube mengesan pengguna tidak berada di alamat yang sama seperti pengurus pelan, akses Premium akan dihentikan dalam tempoh 14 hari.

YouTube Mula Ketatkan Perkongsian Pelan Premium Family
Foto: Android Police

Ahli yang dikenal pasti masih kekal dalam pelan tersebut, tetapi hanya boleh menonton YouTube dengan iklan, melainkan menghubungi pasukan sokongan Google untuk mengesahkan kelayakan.

Sekatan terbaru YouTube ini dilihat selaras dengan langkah yang diambil oleh gergasi penstriman lain seperti Netflix, Disney+, HBO Max dan sebagainya. Bagaimanapun, setakat ini, tindakan ketat itu masih belum dilaksanakan secara meluas.

Berkaitan

  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan
  • YouTube Hanya Bayar Kandungan Original Dan Suara Asli Mulai 15 Julai Ini
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • YouTube Guna AI Kesan Kanak-Kanak Di AS Menyamar Sebagai Dewasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY