Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

YouTube Guna AI Kesan Kanak-Kanak Di AS Menyamar Sebagai Dewasa

Diterbitkan Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

YouTube kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pengguna kanak-kanak yang menyamar sebagai orang dewasa bagi membolehkan mereka mengakses kandungan sensitif.

Ciri ini dilancarkan di AS seperti Instagram dan TikTok bagi melindungi golongan pengguna platform media sosial bawah umur.

Model AI YouTube berasaskan pembelajaran mesin itu akan menganggarkan umur pengguna berdasarkan faktor seperti jenis video yang ditonton dan tempoh akaun wujud.

Teknologi ini akan digunakan walaupun tarikh lahir yang dimasukkan berbeza, bagi memastikan pengalaman dan perlindungan kandungan yang sesuai mengikut umur.

Pengguna yang dikenal pasti sebagai bawah umur akan diminta mengesahkan umur menggunakan kad kredit, swafoto, atau ID rasmi.

Langkah ini diambil ekoran kebimbangan global mengenai kegagalan media sosial melindungi kanak-kanak.

Australia bakal menguatkuasakan undang-undang baharu pada 10 Disember yang melarang kanak-kanak bawah 16 tahun menggunakan platform seperti YouTube, Facebook, TikTok, dan Instagram.

Peraturan ini antara yang paling ketat di dunia dan sedang dipantau oleh negara lain untuk kemungkinan pelaksanaan serupa.

Berkaitan

  • YouTube Hanya Bayar Kandungan Original Dan Suara Asli Mulai 15 Julai Ini
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Akses YouTube Dan Media Sosial

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY