Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street

7 Pengasas Anthropic Ini Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang

Diterbitkan November 20, 2026 · Dikemas kini November 20, 2026 oleh ariff bukhari

Penyenaraian awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah oleh Anthropic di Nasdaq pada Khamis lalu berjaya mengumpul dana rekod sebanyak AS$81.3 bilion (RM357.72 bilion).

Kejayaan syarikat kecerdasan buatan (AI) di sebalik chatbot Claude itu sekali gus menjadikan tujuh pengasasnya, yang meninggalkan OpenAI pada 2021 susulan perbezaan pendapat berhubung keselamatan pembangunan AI, menjadi bilionair teknologi terbaharu dunia.

Pada harga tawaran AS$83(RM365.20) sesaham, pegangan setiap pengasas bernilai sekitar AS$20 bilion (RM88 bilion), sebelum melonjak lebih tinggi apabila saham dibuka pada AS$111.50(RM490.60) dan melonjakkan nilai syarikat melepasi AS$2 trilion (RM8.8 trilion).

Apa yang menariknya, menurut laporan NYT, kesemua tujuh pengasas tersebut telah berikrar untuk mendermakan 80 peratus daripada pegangan saham mereka.

Berikut adalah profil ringkas tujuh pengasas Anthropic:

Dario Amodei (43)

TechCrunch Disrupt 2023 – Day 2
Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei. Hanya dalam tempoh 5 tahun, beliau berjaya membangunkan sebuah syarikat bernilai AS$2 trilion.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang biofizik dari Princeton.

Bekas Naib Presiden Penyelidikan di OpenAI ini lantang menggesa perlahankan pembangunan AI global serta menentang penggunaannya dalam senjata autonomi.

Daniela Amodei (39)

Daniela Amodei

Adik kepada Dario yang memegang jawatan Presiden bagi menguruskan operasi perniagaan.

Lulusan kesusasteraan Inggeris dari UC Santa Cruz ini pernah berkhidmat di syarikat pembayaran Stripe sebelum menyertai OpenAI sebagai Naib Presiden Keselamatan dan Dasar.

Jared Kaplan (42)

7 Pengasas Anthropic Ini Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang

Ketua Pegawai Sains Anthropic berkelulusan PhD fizik dari Harvard ini memelopori kaedah latihan model “constitutional AI” yang menyelaraskan sistem AI dengan prinsip bertulis.

Dr. Kaplan bertemu dengan Dr. Amodei pada pertengahan tahun 2000-an semasa berkongsi kenderaan untuk menghadiri satu acara bagi penerima biasiswa Hertz, biasiswa yang diperoleh mereka berdua semasa di peringkat pengajian pascasiswazah.

Sam McCandlish (36)

Sam McCandlish

Ketua Arkitek Anthropic ini menumpukan kepada latihan model berskala besar.

Sebelum memegang jawatan tersebut pada bulan Oktober, beliau merupakan ketua pegawai teknologi Anthropic.

Pemegang PhD fizik teori dari Stanford ini pernah terlibat membangunkan GPT-3 dan Codex di OpenAI.

Tom Brown (39)

Tom Brown

Beliau merupakan Ketua Pegawai Pengkomputeran berkelulusan kejuruteraan dari MIT yang menyelia infrastruktur pusat data syarikat.

Brown mempelajari sains komputer dan sains kognitif di MIT dan pernah mengasaskan bersama syarikat pertamanya, kelab sosial Grouper, pada tahun 2011.

Beliau baru-baru ini telah membantu mengetuai rundingan Anthropic dengan kerajaan AS selepas syarikat tersebut diarah menggantung akses warga asing terhadap model kecerdasan buatan (AI) mereka yang paling canggih, iaitu Fable 5 dan Mythos.

Jack Clark (38) 

Jack Clark

Ketua Manfaat Awam dan bekas wartawan teknologi di Bloomberg ini kini menerajui badan pemikir dalaman, Institut Anthropic, bagi mengkaji impak ekonomi dan keselamatan AI.

Beliau mengasaskan bersama Anthropic pada tahun 2021 bersama enam bekas penyelidik OpenAI.

Christopher Olah (34)

Christopher Olah

Ketua Penyelidikan Kebolehtafsiran (Interpretability) dari Kanada yang mengkaji cara menterjemah rangkaian neural buatan supaya mudah difahami manusia.

Beliau sebelum ini pernah memegang peranan yang serupa di OpenAI dan merupakan seorang penyelidik di Google Brain.

Olah tidak melanjutkan pelajaran ke kolej dan telah dipilih sebagai penerima biasiswa Thiel (Thiel Fellow) pada tahun 2012, ketika beliau berusia 19 tahun.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Dario Amodei, CEO Anthropic Yang Kini Jadi Antara Figura Paling Menonjol Dalam AI
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
©2026 WISER.MY