Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh ariff bukhari

YouTube kini menggunakan taktik baru untuk menyekat pengguna yang menggunakan ad-blocker (penyekat iklan).

Taktik tersebut adalah YouTube kini dengan sengaja melambatkan video daripada dimainkan selama mana iklan sepatutnya ditayangkan.

Ia selepas ramai pengguna mengadu di Reddit dan forum Brave yang melaporkan video tontonan di YouTube menjadi lambat dimuatkan dan kerap berlaku buffering jika mereka menggunakan ad-blocker.

 

Malah, YouTube kini akan memaparkan mesej seperti “Experiencing interruptions?” (Mengalami gangguan?) bersama pautan yang menyuruh pengguna mematikan ad-blocker untuk tontonan lancar.

Ia berbeza dengan sebelum ini yang hanya memberi amaran atau menyekat video daripada ditonton.

YouTube sebelum ini telah menyatakan bahawa penggunaan ad-blocker melanggar polisi mereka kerana ia menghalang pencipta kandungan daripada mendapat bayaran.

YouTube juga dilaporkan sedang merancang untuk memanjangkan iklan paksa (yang tak boleh dilangkau) daripada 15 saat kepada 30 saat.

Jadi bagi mengelakkan iklan sepenuhnya, pengguna boleh melanggan pelan YouTube Premium dengan bayaran RM20.90 sebulan di Malaysia.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • HP Bekerjasama Dengan AMD Lancar 2 Komputer Workstation Baharu Dipacu AMD Ryzen™ AI Max PRO
  • Oakley Meta Dilancar - Rakaman 3K, AI Terbina, Bateri Tahan Lama

Sumber:  PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY