Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Diterbitkan September 26, 2024 ยท Dikemas kini September 26, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti dimaklumkan CEO Disney Bob Iger pada Ogos, Disney+ kini mula mengenakan bayaran tambahan untuk perkongsian akaun di luar isi rumah.

Dalam pengumuman pada Rabu, Disney berkata pemegang akaun yang ingin menambahkan seseorang di luar isi rumah dapat berbuat demikian melalui ciri add-on “Extra Member” atau Ahli Tambahan.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, profil Ahli Tambahan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak $6.99/bulan (Disney+ Basic dengan iklan) dan $9.99/bulan (Disney+ Premium).

Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
caj Ahli Tambahan di AS
Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
caj Ahli Tambahan di Singapura
Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
caj Ahli Tambahan di UK

Walau bagaimanapun, hanya satu slot Ahli Tambahan yang tersedia bagi setiap akaun Disney+. Ahli Tambahan terhad kepada satu profil dan hanya boleh menstrim dan memuat turun pada satu peranti pada satu masa, tetapi sebaliknya akan dapat mengakses kandungan dan ciri sama yang tersedia kepada pemegang akaun Disney+.

Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Ciri dan keupayaan ini kini tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Costa Rica, Guatemala, Eropah dan rantau Asia-Pasifik – termasuk Singapura, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya.

Perlu diketahui bahawa pelaksanaan perkongsian akaun berbayar hanya terpakai untuk pengguna Disney+. Masih belum jelas sekiranya Disney+ Hotstar yang ditawarkan di beberapa negara – termasuk Malaysia, akan mengambil langkah yang serupa atau sebaliknya.

Berkaitan

  • Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga
  • Disney Akan Sekat Kongsi Kata Laluan 'Dengan Serius' Bermula September
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Walt Disney, DisneyPlus Help

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY