Dalam dunia telefon pintar boleh lipat yang semakin canggih, peranti dengan spesifikasi tinggi sahaja belum cukup untuk mempengaruhi pengguna.
Ini kerana, pengguna semakin bijak dengan menyedari bahawa pengalaman penggunaan sebenar adalah lebih penting daripada sekadar spesifikasi berangka besar di atas kertas dalam membuat keputusan memiliki peranti yang sesuai dan terbaik untuk mereka.
Itulah sebabnya vivo memperkenalkan ciri yang dikenali sebagai Origin Workbench menerusi model telefon pintar lipat terbaru mereka, vivo X Fold5.

Ciri ajaib Origin Workbench
Origin Workbench adalah salah satu ciri paling menarik yang ada pada vivo X Fold5. Ia merupakan ciri multi tugas yang memaparkan sehingga 5 aplikasi berbeza, sekali gus membantu anda meningkatkan produktiviti harian.
Menerusi dwi skrinnya yang luas, vivo X Fold5 berubah menjadi sebuah tablet mini sekelip mata di mana anda boleh mencipta ruang kerja sendiri yang tersusun dan sesuai dengan keperluan.

Balas mesej, sunting dokumen, lihat e-mel, tonton video mahupun bermain permainan, semuanya boleh dilakukan dalam satu masa dengan mudah.
Ciri ini memberikan anda satu pengalaman yang cukup berbeza sama ada dalam tugasan mahupun berhibur di mana vivo X Fold5 benar-benar mengubah cara anda bekerja dengan menjadi lebih laju, teratur, dan efisien.

AI jadikan vivo X Fold5 lebih berkuasa
vivo X Fold5 menjadi lebih berkuasa dengan suntikan AI di mana anda boleh membuka apa saja jenis dokumen dari Word, PDF, Excel, PowerPoint, hingga CAD.
Bukan sahaja dibuka, menerusi vivo DocMaster dipacu AI, semua jenis fail ini boleh disunting dan ditukar format dengan lancar dan mudah.
Malah dengan ciri Smart Call Assistant dan AI Transcript Assist, berbeza bahasa semasa mesyuarat Zoom atau panggilan video bukan lagi satu isu kerana AI ini secara automatik akan menterjemahkan apa yang diperkatakan kepada transkrip teks dalam masa nyata ke bahasa ibunda.

Nipis, ringan dan premium
Namun, tidak menafikan bahawa reka bentuk yang anggun dan premium masih menjadi faktor dalam pemilihan, sebab itulah vivo X Fold5 direka dengan begitu nipis dan ringan yang memberikan pengalaman baru.
Nipis, ringan dan kemas memberikan rasa premium apabila vivo X Fold5 berada di tangan. Malah memegangnya seakan tidak sedar bahawa ia sebuah telefon pintar lipat.
Apabila ditutup, ia terasa seperti telefon biasa. Apabila dibuka pula, skrin dalamnya yang luas, sangat ideal untuk pelbagai aktiviti dan meningkatkan produktiviti.

vivo X Fold5 membuka dimensi baru
Tidak kiralah anda pelajar, profesional, peniaga atau pencipta kandungan, vivo X Fold5 adalah peranti tepat untuk apa jua status anda.
Dwi skrinnya membuka peluang baru untuk anda menjadi lebih produktif ditambah lagi dengan ciri Origin Workbench dan dipacu AI, menjadikan vivo X Fold5 bukan sekadar telefon biasa.

vivo X Fold5 menjadi pusat kerja, hiburan dan penciptaan kandungan dalam satu peranti yang menawarkan pengalaman guna yang bijak dan lancar.
Gabungan reka bentuk elegan, kuasa AI dan spesifikasi berprestasi menjadikannya teman harian terbaik anda.
vivo X Fold5 kini tersedia di beli dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmurp1
- Lazada – https://invl.me/clmurox