Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canva AI control_

Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI

Diterbitkan November 20, 2026 · Dikemas kini November 20, 2026 oleh Amalina Athman

Canva kini membolehkan pengguna mengawal penggunaan kecerdasan buatan (AI) menerusi dua tetapan baharu yang memberi pilihan untuk mematikan ciri AI generatif dan mengehadkan kemunculan kandungan dijana AI di platform tersebut.

Menerusi kawalan AI generatif, pengguna boleh mematikan ciri tersebut di seluruh Canva. Apabila dilumpuhkan, ciri-ciri AI generatif akan disembunyikan sehingga pengguna menghidupkannya semula. Tetapan ini boleh diakses melalui Profile > Settings > Permissions.

Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI

Sementara itu, tetapan kawalan kandungan dijana AI membolehkan pengguna mengehadkan paparan imej, grafik dan elemen dijana AI ketika melayari pustaka Canva, termasuk dalam hasil carian dan cadangan. Pilihan ini tidak mengubah mana-mana rekaan sedia ada pengguna dan boleh diakses melalui Profile > Your account > AI Personalization.

Menurut Canva, mematikan ciri AI generatif tidak menjejaskan penggunaan alat penyuntingan seperti Background Remover dan Magic Grab. Kedua-duanya masih boleh digunakan untuk menyunting gambar, seperti membuang latar belakang atau memilih dan mengalihkan objek ke bahagian lain dalam rekaan.

Memandangkan alat tersebut hanya menyunting kandungan sedia ada dan bukannya menghasilkan kandungan baharu, penggunaannya juga tidak akan menyebabkan rekaan dilabel sebagai kandungan dijana AI.

AI is everywhere. When and how you use it should always be your choice.

Starting today, you can switch generative AI features on or off and choose to limit AI-generated content in your Canva Settings. Let AI do some of the heavy lifting, handcraft every detail yourself, or do a… pic.twitter.com/sKJ4sgJvA5

— Canva (@canva) November 19, 2026

Kedua-dua tetapan ini tersedia tanpa caj tambahan kepada semua pengguna Canva Free dan Canva Pro.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva
  • 4 Laman Web AI Percuma Yang Boleh Bantu Pelajar IPT Siapkan Tugasan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY