Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
max strim_

Max Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Diterbitkan April 23, 2025 · Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amalina Athman

Mengikut jejak langkah Disney+ dan Netflix, Max kini memperkenalkan bayaran tambahan untuk perkongsian akaun di luar isi rumah, bermula untuk pasaran Amerika Syarikat.

Dalam pengumuman rasmi oleh Warner Bros. Discovery (WBD), ciri tambahan “Extra Member” atau Ahli Tambahan ini membolehkan pemilik utama akaun Max berkongsi langganan dengan menjemput rakan atau ahli keluarga yang tidak tinggal serumah untuk membuka akaun berasingan dengan profil dewasa, di bawah langganan yang sama.

Max Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Ahli Tambahan akan mempunyai maklumat log masuk tersendiri dan hanya boleh menstrim kandungan menerusi satu profil pada satu peranti dalam satu masa. Namun, semua faedah lain yang disertakan dalam pelan asas pemilik akaun utama, turut boleh dinikmati seperti biasa.

Sama seperti Disney+, hanya satu slot Ahli Tambahan yang tersedia bagi setiap akaun – dengan bayaran tambahan sebanyak $7.99/bulan (~RM35/bulan).

Setakat ini, ciri Ahli Tambahan hanya tersedia di pasaran Amerika Syarikat. Masih belum diketahui sekiranya ciri ini bakal diperluaskan untuk pasaran lain, termasuk Malaysia, pada masa akan hadapan.

Sebagai rujukan, Max di Malaysia ditawarkan pada harga langganan bulanan RM34.90 untuk pelan Standard dan RM52.90 untuk pelan Ultimate. Bagi pelanggan Unifi, terdapat juga pelan Mobile berharga RM13.60/bulan.

Berkaitan

  • Max Juga Bakal Menghalang Perkongsian Kata Laluan
  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan
  • Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Aplikasi Max Kini Di Astro Ultra & Ulti Box - Naik Taraf Max Ultimate Turut Tersedia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY