Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK

10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK

Diterbitkan November 20, 2026 · Dikemas kini November 20, 2026 oleh ariff bukhari

Industri fotografi telefon pintar meneruskan persaingan sengit pada tahun 2026 apabila penanda aras terkemuka global, DXOMARK, mengeluarkan senarai kedudukan terkini bagi telefon pintar dengan sistem kamera terbaik.

Penilaian ketat berteraskan versi terbaharu (V6) ini memperlihatkan beberapa kejutan besar, terutamanya saingan sengit antara jenama pengeluar dari Amerika Syarikat dan China.

Motorola Signature 27 kuasai takhta

Agak mengejutkan, model Signature 27 dari jenama Motorola berjaya menduduki tangga teratas dalam senarai kedudukan DXOMARK dengan skor tertinggi sebanyak 173 mata.

Motorola yang berjaya menewaskan pesaing utamanya menerusi keupayaan pengimejan yang unggul, ketajaman imej, dan pemprosesan warna yang cemerlang dalam pelbagai situasi pencahayaan.

Motorola Signature 27
Motorola Signature 27 menampilkan lensa 200MP telefoto periskop dengan ciri Super Zoom Pro yang mencapai sehingga 100x menggunakan AI generatif. Dengan sensor Sony LYTIA™ L910 50MP serta Enjin Peningkatan Video pintar, ia memastikan walaupun kurang pencahayaan tidak menjejaskan kualiti visual, dengan memperhalusi warna, dedahan dan bayang-bayang secara masa nyata.

Kehadiran Motorola dalam senarai ini amat dirasai apabila dua lagi modelnya, iaitu peranti boleh lipat Motorola Razr Fold dan Motorola Signature, turut tersenarai apabila menduduki tangga ke-6 dengan pencapaian skor 164 mata.

Mengekor rapat di tangga kedua ialah Apple iPhone 18 Pro dengan skor 172 mata.

Apple terus membuktikan dominasinya dalam penstabilan video, julat dinamik yang luas, serta persembahan warna kulit yang semula jadi, menjadikannya pilihan utama bagi pembuat kandungan audio-visual profesional.

10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK

Kedudukan ketiga dan keempat dikongsi bersama oleh dua peranti gergasi pengimejan dari China, iaitu Oppo Find X9 Ultra dan Vivo X300 Ultra, yang masing-masing mengumpul 170 mata.

Kedua-dua peranti ini amat menonjol menerusi sokongan sistem kanta periskop serta algoritma canggih yang memastikan kualiti gambar kekal jelas walaupun pada jarak zum yang tinggi.

vivo x300 ultra
Kamera utama Vivo X300 Ultra dilengkapi sistem 3 lensa ZEISS.

Sementara itu, Google Pixel 11 Pro XL yang berada di tangga kelima memperoleh 168 mata.

Telefon pintar Google ini disokong oleh keupayaan fotografi pengkomputeran (computational photography) yang berkuasa.

Versi asasnya pula, Google Pixel 11 turut berada dalam senarai yang berada di tangga kesembilan dengan 154 mata.

Berikut adalah senarai penuh kedudukan 10 telefon pintar keluaran 2026 dengan kamera terbaik menurut skor penanda aras DXOMARK:

carta kamera DXOMARK 2026

Cabaran Buat Samsung

Persaingan tahun 2026 nampaknya agak mencabar buat Samsung apabila model utamanya, Samsung Galaxy S26 Ultra, berada di kedudukan kelapan dengan skor 157 mata, manakala Samsung Galaxy S26 sekadar berada di kedudukan ke-10 dengan 146 mata.

Walaupun menawarkan kamera berkuasa, keputusan ini menunjukkan cabaran besar buat Samsung untuk mengatasi algoritma pengimejan dan pemprosesan warna pesaingnya.

Apa yang dapat disimpulkan, carta DXOMARK 2026 ini menunjukkan bahawa persaingan kamera peranti mudah alih kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada saiz megapixel, sebaliknya didorong oleh kecekapan algoritma pemprosesan AI dan keupayaan penyesuaian sistem lensa pada peranti.

Harga Google Pixel 11 di Malaysia

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Ini 10 Telefon Android Dengan Skor Tertinggi Dalam Ranking Global AnTuTu Oktober 2026
  • China Jadi Lubuk Peniaga Luar Negara Borong Telefon Terpakai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY