Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix kata laluan_2

Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan

Diterbitkan Mei 24, 2023 · Dikemas kini Mei 24, 2023 oleh Amalina Athman

Akhirnya tiba, Netflix hari ini mengumumkan akan mula menghantar e-mel kepada ahli yang berkongsi langganan Netflix di luar isi rumah di Malaysia.

Berkaitan

  • Kongsi Kata Laluan Berbayar Netflix Berjaya, Catat Peningkatan Pelanggan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix

Seperti yang diketahui, akaun Netflix ditetapkan untuk digunakan oleh satu isi rumah. Ini bermaksud, hanya ahli dan orang yang tinggal bersama boleh menggunakan Netflix di mana-mana sahaja.

Jika ingin berkongsi Netflix dengan mereka yang tidak tinggal serumah, Netflix menyediakan ciri pindahkan profil kepada keahlian baharu.

Atau sebaliknya, Netflix menawarkan pembelian ahli tambahan. Melaluinya, pemilik akaun boleh berkongsi akaun Netflix dengan seseorang yang tidak tinggal serumah dengan bayaran tambahan sebanyak RM13/bulan. Berikut adalah e-mel yang akan mula dihantar kepada pengguna.

Netflix kata laluan

Bagaimanapun, difahamkan ciri ahli tambahan ini belum tersedia untuk ahli yang membuat pembayaran bil melalui rakan kerjasama Netflix, buat masa ini.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY