Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Headphone ANC Bawah RM600

3 Headphone ANC Bawah RM600

Diterbitkan November 20, 2026 · Dikemas kini November 20, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Dalam artikel saya yang lepas, saya telah mengarang tentang tiga headphone dengan pembatalan hingar aktif (ANC) yang berharga bawah RM100. Tetapi, katakan jika anda sanggup berbelanja lebih, mungkin sehingga RM600, apa sahaja yang ada?

Di sini, saya persembahkan 3 headphone ANC yang berharga bawah RM600 sebagai permulaan dalam pencarian anda:

Edifier WH950NB (Gen 2)

edifier wh950nb gen 2 folded

Bermula dengan Edifier WH950NB (Gen 2), harganya bermula pada RM459, dan mampu turun serendah RM350 pada masa tertentu di Shopee.

Seperti namanya, model ini menambah baik model terdahulu, iaitu WH950NB, dari pelbagai aspek seperti hayat bateri, kekuatan ANC, dan Bluetooth.

Bermula dengan aspek bunyi, profil bunyinya menghampiri sasaran Harman 2018, yang sememangnya sesuai bagi penggemar bass kerana bass cukup padu tanpa mengorbankan kejelasan (clarity). Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan generasi pertama, perbezaannya tidaklah ketara. Jadi, jika anda sudah memiliki generasi pertama, anda tidak perlu mempertimbangkan headphone ini.

Screenshot 2026-11-19 160039
Graf bunyi Edifier WH950NB (Gen 2) apabila ANC dihidupkan. Dari Squiglink Kuulokenurkka.
Screenshot 2026-11-19 162033
Perbandingan antara generasi pertama dan kedua.

Jika anda mahu mengubah profil bunyi asal, ia menyokong aplikasi EDIFIER ConneX yang menyediakan tetapan preset serta custom Parametric EQ untuk melaraskan bunyi mengikut cita rasa anda. Cuma, ia terhad kepada 4-band sahaja. Jadi, anda tidak dapat membuat pelarasan dengan lebih lanjut. Sekurang-kurangnya, tetapan EQ anda tersimpan dalam headphone.

Satu perkara yang tidak boleh diubah adalah EQ shifting, atau profil bunyi yang berubah secara automatik apabila mod ANC diubah. Ini bermakna, apabila ANC dimatikan, bass menjadi lebih kuat. Tetapi, ini adalah satu isu yang biasa pada kebanyakan headphone ANC.

Screenshot 2026-11-19 155904
‘EQ shifting’ pada Edifier WH950NB (Gen 2).

Walaupun mempunyai persamaan dengan generasi pertama serta isu EQ shifting, ia masih lagi dikira lebih baik berbanding model lama, terutama kerana ia mempunyai Bluetooth 5.4 yang lebih baharu, ANC yang lebih baik (sehingga -49dB) dengan 8 tahap pelarasan melalui aplikasi EDIFIER ConneX, dan mod Ambient Sound atau transparency.

Hayat bateri juga meningkat daripada 55 jam ke 80 jam apabila ANC dimatikan. Jika bateri habis, ia menyokong pengecasan pantas, yang bermakna, apabila ia dicas selama 15 minit, anda boleh mendapat tempoh penggunaan sehingga 13 jam.

Dari segi sambungan wayarles, headphone ini menyokong codec Bluetooth LDAC bagi mereka yang inginkan bitrate lebih tinggi, dan SBC bagi pengguna umum. Ciri-ciri moden lain seperti multipoint (sambung dua peranti serentak) dan Game Mode untuk low latency juga ada.

Untuk kawalan pula, ia menggunakan butang fizikal, yang pastinya lebih praktikal berbanding butang sentuh kapasitif.

Untuk sambungan berwayar, anda boleh mendengar secara pasif melalui sambungan 3.5mm audio jack menggunakan kabel yang disertakan di dalam kotak. Ia menyokong ANC dan transparency secara berwayar apabila anda menghidupkan headphone dan menyambung kabel melalui 3.5mm audio jack. Cuma perlu diingatkan, headphone ini tidak menyokong audio berwayar melalui port USB-C kerana port tersebut hanya berfungsi untuk mengecas headphone sahaja.

Dari segi portability atau kebolehbawaan pula, ia boleh dilipat, jadi ia memudahkan anda untuk menyimpannya di dalam beg. Untuk perlindungan yang lebih lanjut, Edifier juga menyertakan beg simpanan keras (hard shell case) dengan ruang untuk menyimpan kabel pengecas dan kabel audio.

Jadi, headphone ini adalah antara yang anda perlu pertimbangkan jika anda pentingkan kualiti bunyi, hayat bateri, dan kebolehbawaan.

Harga Edifier WH950NB (Gen 2) di Malaysia

Anker soundcore Space 2

soundcore space 2 no bg

Anker soundcore Space 2 pula merupakan antara iterasi terkini dalam siri Space. Harganya bermula pada RM499, dan mampu turun serendah RM350 ketika musim jualan promosi di Shopee berlangsung.

Bermula dengan kualiti bunyi, SoundGuys mengatakan bahawa talaan bunyi out of the box bukan yang terbaik. Berdasarkan graf mereka, profil bunyinya bassy, kurang clarity, dan agak sibilant.

Screenshot 2026-11-19 151851
Graf bunyi Anker soundcore Space 2. Daripada SoundGuys.

Mujurlah ada sokongan aplikasi Anker soundcore kerana ada ciri 8-band custom EQ yang membolehkan anda menala bunyinya mengikut cita rasa anda. Cuma, diingatkan bahawa ia hanya fixed EQ dan bukan Parametric EQ, jadi penalaan itu tertakluk kepada frekuensi-frekuensi yang ditetapkan dalam aplikasi. Sama seperti headphone Edifier, tetapan EQ anda juga tersimpan dalam headphone.

Satu isu yang agak serupa dengan headphone Edifier adalah EQ shifting yang ketara apabila anda menukar mod ANC. Seperti yang anda dapat lihat di bawah, bass (di bahagian hujung kiri) akan melonjak naik apabila ANC dimatikan, dan turun semula apabila ANC dihidupkan. Bahagian midrange (tengah graf) dan treble (kanan graf) juga terkesan.

Tetapi, saya merasakan bahawa pendengar umum akan hanya dapat merasakan perubahan bass sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau tentang perkara ini.

Screenshot 2026-11-19 160434
Ada ‘EQ shift’. Sumber dari artikel ulasan SoundGuys.

Walaupun begitu, headphone ini masih lagi padu, terutamanya kerana ada ANC yang mampu membatalkan sehingga 37dB dengan 4 peringkat, dan menyokong mod transparency juga.

Sambungan wayarles juga cukup moden kerana ia dilengkapi dengan Bluetooth 6.1 yang menyokong multipoint, serta codec Bluetooth LDAC.

Untuk pendengaran dalam mod berwayar pula, anda boleh menyambungkannya melalui sambungan input 3.5mm audio jack, dan menggunakan ANC dan transparency secara berwayar sambil headphone dihidupkan. Tetapi, ia tidak menyokong audio melalui port USB-C kerana ia hanya berfungsi untuk mengecas headphone sahaja.

Dari segi kawalan pula, ia juga menggunakan butang fizikal. Apa yang membezakan headphone ini berbanding headphone lain dalam senarai ini adalah ciri wear sensor, iaitu satu ciri di mana muzik akan berhenti apabila anda membuka headphone, dan muzik bermain semula apabila anda memakainya semula.

Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 70 jam apabila ANC dimatikan, atau 50 jam dengan ANC dihidupkan, yang dikira cukup lama juga. Sekiranya kehabisan bateri, pengecasan pantas juga disokong, bermakna apabila ia dicas selama 5 minit, anda dapat menggunakannya sehingga 4 jam.

Dari segi reka bentuk, ia sama seperti Edifier kerana ia juga boleh dilipat supaya mudah disimpan ke dalam beg. Cuma, Anker tidak menyertakan hard shell case. Hanya ada beg pouch sahaja yang memberikan perlindungan yang minimal kepada headphone.

Apa pun, ia sangat berbaloi pada harganya dan hampir menjadi sebuah headphone ‘all-rounder’.

Harga Anker soundcore Space 2 di Malaysia

EarFun Wave Pro X

earfun wave pro x no bg

Sama seperti headphone Anker, EarFun Wave Pro X bermula pada harga RM499, dan mampu turun serendah RM350 ketika musim jualan runtuh di Shopee.

Model ini merupakan penaiktarafan yang besar dari pelbagai aspek berbanding model asalnya, EarFun Wave Pro.

Berdasarkan graf oleh DHRME, headphone ini mempunyai profil bunyi yang bassy dan dark. Ini bermakna, bunyi instrumen akan kedengaran agak lembut atau kurang jelas, tetapi ia sepatutnya dapat memuaskan pengguna mainstream.

EF WaveProX ANC vs Sennheiser HD600 (1)
Graf bunyi bagi EarFun Wave Pro X. Dari laman ‘dhrme.nl’.

Satu kekuatan besar headphone ini adalah sokongan 10-band Parametric EQ yang membolehkan anda untuk melaraskan profil bunyi secara lebih terperinci melalui aplikasi EarFun Audio. Tetapan EQ juga tersimpan dalam headphone setelah anda selesai membuat pelarasan.

Ia juga tidak mempunyai masalah EQ shifting yang ketara, dan hanya memberi sedikit impak pada mid-bass. Jadi, anda tidak perlu risau tentang perubahan profil bunyi apabila mod ANC dihidupkan atau dimatikan.

EF WaveProX ANC vs Sennheiser HD600 vs EF WaveProX Norm
‘EQ shifting’ yang kurang ketara.

Bukan itu sahaja, ia dikuasakan cip Qualcomm QCC3095 dan Bluetooth 6.0, dengan senarai sokongan codecnya yang banyak, iaitu SBC, AAC, LDAC, LC3 (dengan Auracast), aptX, aptX Adaptive, dan aptX Lossless.

Ciri lain seperti mod low latency untuk gaming dan multipoint juga turut disokong headphone ini.

Dari segi sambungan berwayar pula, ia menyokong pendengaran melalui input 3.5mm audio jack dan USB-C. Sama seperti headphone lain dalam senarai ini, anda juga boleh menggunakan ANC dan transparency melalui 3.5mm audio jack atau USB-C sambil headphone dihidupkan. Cuma, perlu diingatkan bahawa headphone ini perlu sentiasa dihidupkan untuk berfungsi dalam mod berwayar kerana tiada mod pasif tanpa kuasa.

Berkaitan dengan ANC dan transparency, ANC pada headphone ini mampu membatalkan sehingga 50dB, dan transparency juga lebih natural dan kurang sibilant (bunyi S yang tajam) berbanding model terdahulu.

Dari segi ketahanan bateri pula, ia juga dikira yang terbaik kerana mampu bertahan sehingga 90 jam apabila ANC dimatikan, dan 50 jam jika ANC dihidupkan. Ia juga menyokong pengecasan pantas. Apabila ia dicas selama 15 minit, anda dapat menggunakannya sehingga 10 jam.

Masuk ke dalam aspek kawalan pula, ia juga menggunakan butang fizikal, dan fungsi butang boleh diubah suai dengan lebih lanjut dalam aplikasi EarFun Audio.

Kelebihannya tidak terhenti di situ sahaja kerana ia juga mempunyai reka bentuk yang boleh dilipat, dan EarFun menyertakan hard shell case dalam kotak.

Satu-satunya kekurangan yang turut dikongsi oleh headphone Edifier adalah ketiadaan wear detection (auto play/pause). Apa pun, dengan pakej ciri, codec, dan PEQ seperti ini, inilah headphone paling berbaloi dalam senarai ini.

Harga EarFun Wave Pro X di Malaysia

Kini anda tahu tentang tiga headphone ANC bawah RM600 yang cukup berbaloi. Kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi pilihlah mana yang anda suka. Sentiasa semak harga Shopee, dan beli apabila promosi berjalan.

Berkaitan

  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Teknologi Pengecasan Robotik, Cas Bateri EV Hingga 70% Sepantas 5 Minit
  • vivo V80 Kini Dilancarkan - Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399
  • Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
  • Penyelidik AS Dan Toyota Cipta Gam Mudahkan Bateri Dikitar Semula
©2026 WISER.MY