Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

YouTube Hanya Bayar Kandungan Original Dan Suara Asli Mulai 15 Julai Ini

Diterbitkan Julai 10, 2025 · Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh ariff bukhari

Pengewangan (monetisation) membolehkan pencipta kandungan YouTube menjana pendapatan daripada video mereka.

Ini dicapai melalui Program Rakan Kongsi YouTube (YPP), yang membolehkan pencipta memperoleh wang daripada iklan yang dipaparkan pada video mereka, serta daripada ciri lain.

Walau bagaimanapun, YouTube akan mula mengetatkan syarat untuk YouTuber dengan melaksanakan perubahan besar dalam polisi monetisation mereka mulai 15 Julai.

Langkah ini bertujuan untuk membanteras kandungan yang dihasilkan secara besar-besaran, berulang, atau salinan semula tanpa nilai tambah – khususnya yang menggunakan suara AI dan kandungan ‘clickbait‘.

Melalui kemas kini kepada YouTube Partner Programme (YPP), YouTube akan lebih tegas mengenal pasti video tidak autentik yang menggunakan suara janaan AI, kandungan berulang yang kurang usaha, serta video yang dihasilkan semata-mata untuk menarik diklik.

Ini bermaksud pencipta kandungan yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada teknologi AI untuk menghasilkan video tanpa sentuhan manusia perlu mengubah strategi mereka jika mahu terus menjana pendapatan di platform tersebut.

Namun, kandungan berulang masih dibenarkan jika ia mempunyai nilai pendidikan atau hiburan yang jelas.

Syarat untuk layak monetisation adalah tetap sama, iaitu mempunyai 1,000 pelanggan serta 4,000 jam tontonan dalam tempoh setahun atau 10 juta tontonan Shorts dalam masa 90 hari.

Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan kualiti kandungan di YouTube dan memastikan pengalaman pengguna lebih baik, di samping mengekang lambakan video spam atau kandungan “murahan” yang tidak menawarkan nilai sebenar kepada penonton.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pelanggan YouTube Premium Lite Bakal Hadap Lebih Banyak Iklan
  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan

Sumber: Gulf News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY