Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Singapore ERP

Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027

Diterbitkan November 20, 2026 oleh Amsyar Latif

Singapura mula menanggalkan gantri Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan rayanya menjelang peralihan kepada sistem caj berasaskan satelit, ERP 2.0, pada 1 Januari 2027.

Memetik laporan Channel News Asia (CNA), sebanyak 12 gantri telah ditanggalkan atau diubah suai setakat 18 November 2026. Antaranya di Bencoolen Street, Geylang Bahru, Republic Boulevard, sekitar Kallang-Paya Lebar Expressway (KPE) dan sepanjang Dunearn Road.

Kesemuanya merupakan sebahagian daripada 62 gantri yang tidak lagi beroperasi. Baki 33 gantri aktif akan terus mengutip caj sehingga 31 Disember 2026. Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menjangkakan kesemua 95 gantri ditanggalkan atau diubah suai menjelang Jun 2027.

Singapore ERP_Satallite_1
Foto: Land Transport Authority

ERP 2.0 menggunakan teknologi Global Navigation Satellite System (GNSS) untuk mengesan apabila kenderaan melalui lokasi caj. Unit dalam kenderaan atau On-Board Unit (OBU) akan memberi makluman sebelum pemandu memasuki kawasan caj, memaparkan kadar semasa dan mengesahkan jumlah yang dikenakan selepas melaluinya.

Mulai 1 Januari 2027, OBU wajib dipasang pada semua kenderaan berdaftar Singapura.

Singapore ERP_Satallite_2
Foto: Land Transport Authority

Sebagai pengganti gantri, LTA mengecat simbol bujur biru “ERP” pada setiap lorong di lokasi caj, bersama papan tanda “ERP Charge Zone” di permulaan kawasan tersebut. Jalan utama dan susur masuk (slip road) mempunyai dua simbol bagi setiap lorong, manakala lebuh raya mempunyai tiga supaya lebih jelas kepada pemandu yang bergerak laju.

Bagaimanapun, tidak semua struktur gantri akan dibuang. Sebahagiannya akan dikekalkan untuk menempatkan peranti sokongan ERP 2.0 di kawasan yang isyarat satelitnya kurang stabil.

Bagi kenderaan dari Malaysia, pemasangan OBU tidak diwajibkan kecuali bagi teksi. Menurut LTA, kenderaan asing tanpa OBU akan dikenakan caj ERP kadar tetap S$10 sehari bagi kereta dan kenderaan lain, serta S$3 sehari bagi motosikal, untuk setiap hari operasi ERP mulai 1 Januari 2027.

Foto utama: MOT Singapore

Berkaitan

  • Sistem Tol Tanpa Palang Hanya Dijangka Bermula Seawal 2027
  • PLUS Aktifkan JustGO Di 6 Lagi Plaza Tol - Diperluas Ke Semua Plaza Tol Mulai Ogos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Teknologi Pengecasan Robotik, Cas Bateri EV Hingga 70% Sepantas 5 Minit
  • vivo V80 Kini Dilancarkan - Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399
  • Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
©2026 WISER.MY