Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet

Ini 5 Perkara Yang Akan Dilakukan TNG Pada 2023 Berkenaan Isu ‘Scam’

Diterbitkan November 15, 2022 · Dikemas kini November 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Touch ‘n Go eWallet berkata mereka menjadi penyedia e-dompet pertama di Malaysia yang akan melaksanakan arahan Bank Negara Malaysia tempoh hari dalam membanteras isu penipuan kewangan atau scam di Malaysia.

5 perkara di bawah akan dilaksanakan TNG mulai suku pertama tahun 2023:

  • OTP melalui SMS diteruskan namun ditambah dengan kaedah pengesahan lain.
  • Sekat transaksi yang mencurigakan dan ketatkan peraturan.
  • Tempoh pengesahan dan tempoh bertenang untuk pengguna baharu, pendaftaran peranti keselamatan dan dokumen profil.
  • Mengehadkan pada 1 peranti saja sebagai peranti yang mengesahkan apa-apa transaksi.
  • Saluran khas untuk aduan atau laporan berkenaan kes penipuan atau scam.

Bank-bank lain sebelum ini juga mengumumkan mereka akan melaksanakan perkara yang sama seperti dituntut BNM.

“We aren’t migrating from SMS one-time password entirely but we are making the eWallet more secure and enhance security by adding more authentication methods to complement the current methods,” jelas TNG.

Kata TNG, tuntutan BNM tersebut hanya diwajibkan pada bank namun TNG sebagai penyedia e-dompet mengambil inisiatif untuk melakukannya.

Berkaitan

  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada
  • Tak Perlu Tukar Mata Wang, TnG eWallet Kini Boleh Digunakan Di China
  • Ketahui Jenis Akaun TNG eWallet Anda Dan Perbezaannya

Selain itu, Touch ‘n Go eWallet juga akan menjadi sebahagian daripada National Scam Response Center, berkuat kuasa hari ini.

Hal ini adalah kerana kes penipuan kewangan yang semakin giat berleluasa terutamanya melalui komunikasi digital hari ini.

Sumber: Siaran Akhbar Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY