Minggu lalu, kecoh satu Malaysia apabila aplikasi TNG eWallet mengalami sedikit isu untuk mereka yang mahu membeli kad TNG berdaya NFC.
Kami sebelum itu telah kongsikan tarikh, jadual, waktu terperinci bila kad TNG NFC akan dilepaskan di eWallet selain berkongsi petua untuk melancarkan transaksi melalui artikel INI.
Namun, ramai tidak tahu satu perkara wajib anda lakukan apabila mendapat kad TNG (lama atau baru) ialah mendaftarnya di portal Touch’ n Go.
{suggest}
Walaupun anda sudah memautkannya di aplikasi eWallet, tapi anda perlu mencipta akaun di portal Touch ‘n Go dan memautkannya di sana. Ya, pelik mengapa sistem TNG ini tidak selaras.
Dengan pendaftaran ini, sistem Touch ‘n Go akan merekodkan ia hak milik anda secara sah.
Tetapi, perkara paling utama sekali ialah anda dapat memohon refund kelak jika kad hilang atau rosak. Jika anda tidak mendaftar, anda akan hadapi kerumitan apabila menuntut refund.
Cara daftar kad TNG di portal Touch ‘n Go
1. Buka pautan ini – https://tngportal.touchngo.com.my/#login
- Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk saja.
- Jika tidak, ikut langkah seterusnya.
2. Tekan ‘Register Here’.
3. Isi semua maklumat diminta.
- Card/Device Info – Pada kad TNG NFC yang baharu, ia tertera di belakang “Serial No.” Untuk kad yang lama, ia tertera pada resit tambah nilai yang tertulis ‘Mfg No‘.
- Identification No. – Nombor kad pengenalan
4. Di halaman ini, anda perlu mengisi semua butiran peribadi dengan lebih terperinci.
5. Seterusnya, cipta username, kata laluan dan pilih soalan keselamatan,
- Untuk username, anda perlu masukkan juga angka dalamnya. Contohnya, “hizamcopypaste97”, bukan “hizamcopypaste”.
6. Jika berjaya, ia akan meminta anda untuk log masuk. Jadi, kembali ke halaman utama dan log masuk menggunakan username dan kata laluan yang anda cipta tadi.
Selesai log masuk, kad kini akan tersenarai. Ini bermakna anda sudah memautkan kad TNG dengan akaun.
Kenapa perlu daftar? Penting sangat ke?
Dengan pendaftaran ini, anda kelak boleh memohon refund seandainya kad rosak, hilang, dicaj lebih di tol dan sebagainya.
Anda juga juga menyemak dan cetak semua transaksi yang pernah berlaku menggunakan setiap kad. Justeru, bolehlah gunakannya untuk memuat tuntutan pada syarikat.
Selain itu, anda juga boleh memindah milik kepada tuan yang baru.
Apa-apapun, yang mustahak ialah ia kini sah pada sistem TNG bahawa kad tersebut hak milik anda. Maka, apa yang terjadi selepas ini dapat dijejak dan dipermudah urusan.
Untuk cara menuntut refund kad TNG, klik SINI.