Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bayar parking KL Touch 'n Go

Tak Perlu Tukar Mata Wang, TnG eWallet Kini Boleh Digunakan Di China

Diterbitkan November 9, 2022 · Dikemas kini November 9, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Touch ‘n Go eWallet telah memperluaskan lagi sempadannya ke Tanah Besar China melalui kolaborasi bersama AliPay+ daripada Ant Group.

Ini merupakan eWallet daripada Malaysia yang pertama untuk pergi jauh sehingga tahap antarabangsa. Ianya bertujuan untuk memastikan rakyat melancong ke luar negara dengan lebih selamat.

Kini pengguna boleh melancong dan menggunakan pembayaran tanpa tunai serta tidak perlu menukar nilai mata wang.

Touch ‘n Go eWallet boleh digunakan di mana-mana kedai yang menerima pembayaran AliPay+. Maknanya, apabila kedai tersebut memaparkan kod QR AliPay+, pengguna Touch ‘n Go eWallet secara tidak langsung boleh melakukan pembayaran.

Servis ini tersedia di beberapa buah negara seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan, Britain, Itali, Perancis dan Jerman.

AliPay+ telah digunakan secara meluas pada hampir 1,000 platform atas talian, 10 buah pusat penerbangan dan juga lebih 90,000 buah kedai serbaneka.

Berkaitan

  • Paparan Harga Di Airbnb Akan Berubah Selepas Menerima Banyak Aduan Dari Pengguna
  • Mati Dalam 'Game', Mati Dalam Dunia Sebenar, VR Ini Boleh Bunuh Anda
  • Tiada Laporan Baharu Berhubung Penjualan Semula PerantiSiswa - Annuar
  • Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari
  • 'YouTuber' Dari China DIY iPhone Jadi Peranti Boleh Lipat

E-Wallet Malaysia hanya tersedia kepada negara-negara di belah timur laut Asia. AliPay+ pula telah tersedia di beberapa buah negara yang besar seperti Korea Selatan, Jepun serta di sekitar Asia Tenggara.

Melalui kolaborasi yang kelihatan seperti kecil ini telah membuka langkah besar kepada hampir 2.5 juta pedangang di seluruh dunia. Hubungan mereka bersama pelanggan lebih diperluaskan melalui penyediaan jenis pembayaran secara digital yang pelbagai.

Sumber: TheEdgeMarkets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY