Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Untuk yang sedang memburu kad Touch 'n Go berdaya NFC, anda mungkin sudah sedar bahawa jualan kad tersebut melalui eWallet sudah beberapa minggu tidak dijalankan.

Hal ini kerana Touch 'n Go sedang giat mengambil pratempahan di Lazada. Ia bersempena pembukaan kedai rasmi mereka di platform dalam talian itu.

Pratempahan atau pembelian ini sudah pun dijalankan sejak 2 minggu lepas lagi.

Isunya, TNG melepaskan stok secara berperingkat dan sukar untuk dipecahkan rahsia rentaknya. Awal dahulu, ia dilepaskan setiap jam seperti tetapi kini semakin berkurang kekerapannya.

{snap}

Macam mana nak tahu bila kad TNG NFC restock?




Namun, seorang individu atau pasukan tidak diketahui telah mencipta saluran di Telegram yang akan memberitahu sejurus stok dibekalkan semula setiap hari.

Ia berlaku dalam masa nyata (real time) dan turut meletakkan bilangan kad tersedia.

Untuk menyertai channel Telegram dinamakan 'TNG NFC Card Stock Update', klik SINI atau butang biru di bawah.

Pastikan anda hidupkan notifikasi saluran dan Telegram supaya dapat mengetahui stok kad TNG di Lazada dengan segera.

Ia juga akan memberitahu apabila kad tersebut habis stok. Lazimnya, ia habis dalam masa tidak sampai 2 minit.

Setakat ini, saluran ini mempunyai seramai 1,650 peserta. Dicipta pada 15 September lalu, ia telah berkongsi sekitar 50 kali maklumat tentang status bekalan kad TNG.

Sertai saluran Telegram 'TNG NFC Card Stock Update'

Pratempah/beli kad TNG NFC di Lazada

{snap}

Persediaan lain untuk dapat 'check-out' cepat-cepat?




Tambah nilai baki eWallet

Untuk pastikan anda dapat check-out dengan pantas, sila tambah nilai akaun TNG eWallet anda terlebih dahulu.

Hal ini kerana kedai Touch 'n Go di Lazada ini hanya benarkan pembayaran melalui TNG eWallet.

Ya, anda tidak boleh bayar menggunakan perbankan internet mahupun dompet Lazada.

Sertai saluran Telegram 'TNG NFC Card Stock Update'

Pratempah/beli kad TNG NFC di Lazada

Pautkan TNG eWallet dengan Lazada

  • Untuk pautkan dan authorize eWallet sebagai kaedah pembayaran, masuk ke Lazada > Account > Payment Options > Link an e-Wallet. Dengan ini, proses check-out jadi lebih pantas.

  • Anda boleh saja check-out tanpa pautkan kedua-duanya tapi prosesnya mengambil sedikit masa lama.

  • Jika anda mahu nyahpaut (deauthorize) hubungan eWallet dengan Lazada selepas ini, pergi ke tempat yang sama dan tekan Delete Payment Option.


Sertai saluran Telegram 'TNG NFC Card Stock Update'

Pratempah/beli kad TNG NFC di Lazada

{snap}

Apa lagi saya perlu tahu?




Untuk makluman, setiap akaun hanya dibenarkan membeli satu kad saja dalam masa 6 bulan, untuk mengelakkan anda individu yang memborongnya dan terjadi isu scalping.

Jangan lupa, daftarkan kad TNG anda di portal TNG supaya dapat menjejak, mencetak transaksi dan memohon refund. Klik SINI untuk ketahui caranya.

Diingatkan, ini merupakan pratempahan, bukan ready stock, semua pembelian ini akan dihantar dalam masa 14 hari.

Sertai saluran Telegram 'TNG NFC Card Stock Update'

Pratempah/beli kad TNG NFC di Lazada

Berkaitan