Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng nfc

Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC

Diterbitkan Ogos 21, 2022 · Dikemas kini Ogos 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kami sudah banyak berkongsi tentang kad Touch n’ Go berdaya NFC sama ada daripada kelebihannya, kekurangan mahupun aduan pengguna.

Sehingga kini, masih ramai pengguna tertanya-tanya jika stesen minyak berdekatan mereka ada mengedarkan kad TNG NFC.

Nak beli melalui aplikasi TNG eWallet pula, sentiasa kehabisan stok. Bila diberitahu ada stok pula, sudah terlambat.

Klik SINI untuk baca petua membeli kad NFC TNG melalui aplikasi eWallet dengan jayanya.

TNG berkata kesuntukan bekalan kad ini ini disebabkan isu stok semikonduktor yang melanda dunia. Mereka juga meminta pengguna membeli pada harga RM10 dari pengedar yang sah.

Berkaitan

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Pengguna Mengadu Ada Stesen Minyak Jual Kad TNG NFC Lebih RM10, Touch 'n Go Dan PETRONAS Beri Respons
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya

Di mana ada jual kad TNG NFC ini? 

Pertama, dua kedai Touch ‘n Go sendiri iaitu di NU Sentral dan Wisma TNG di Avenue 5, Bangsar South namun ia juga bergantung pada stok.

Untuk senarai stesen minyak pula, anda boleh ke laman web TNG dengan klik SINI.

Lebih 300 stesen minyak disenaraikan, kalau saya letakkan di sini mungkin artikel ini dah jadi kurang ‘best’.

senarai stesen minyak kad tng nfc

Masukkan kawasan anda seperti ‘Ipoh’ contohnya dan akan terpapar stesen yang menjualnya.

Namun, saya dapati ia masih tidak menyenaraikan kesemua stesen minyak. Hal ini kerana melalui tinjauan dan pengalaman sendiri, sebuah stesen minyak di Presint 8, Putrajaya tidak tersenarai sedangkan sudah lama ia menjual kad TNG NFC.

Saya tidak pasti apakah puncanya. Jadi, saya nasihatkan jadikan laman web TNG ini panduan tetapi boleh terus ke stesen minyak lain tidak tersenarai untuk mencuba nasib.

Klik SINI untuk semak jika telefon anda mempunyai fungsi NFC.

Sebenarnya, Touch ‘n Go pada hari pertama pelancaran kad ini dulu pernah menyenaraikannya kadai yang menjualnya namun kemudian memadam laman tersebut. Ia mungkin berikutan agihan stok yang tidak selari dengan data kerana kami mendapati ada stesen minyak yang tidak mendapat bekalan lagi.

Jika anda mahu membuat tuntutan duit atau refund daripada kad lama, baca artikel tersebut dengan klik di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY