Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC

Posted on Julai 15, 2022Julai 16, 2022

NFC ialah singkatan pada Near Field Communication. Ia digunakan pada kebanyakan kad hari ini termasuk kad akses, debit atau kredit kerana ia membolehkan pembayaran contactless.

Kad Touch ‘N Go berdaya NFC yang diburu ramai kini membawakan ciri tambahan yang baru — tambah nilai terus daripada telefon melalui aplikasi TNG eWallet hanya dengan letak kad di belakang.

Klik di SINI untuk ketahui jawapan Touch ‘n Go dan PETRONAS berkenaan aduan pengguna yang merungut sesetengah stesen minyak menjual kad ini melebihi harga asal, RM10.

Tetapi, tidak semua telefon mempunyai fungsi NFC ini. Ada juga pengguna yang hanya mengetahui telefon mereka tidak mempunyai NFC selepas membeli kad tersebut.

Cara untuk menyemaknya mudah saja. Ikuti langkah di bawah.

Android

Pertama, masuk ke Tetapan atau Setting.

Taip ‘NFC‘.

Jika ada senarai pilihan di bawahnya, maka ternyata ada fungsi NFC. Hidupkan ciri NFC ini dan anda boleh tambah nilai, semak dan lain-lain dengan kad TNG NFC terus melalui telefon.

Berikut contoh paparan tetapan beberapa jenama telefon jika ia hadir dengan fungsi NFC.

nfc samsung
Samsung
check nfc vivo realme oppo
vivo, realme, OPPO
NFC Huawei dan Honor
check nfc xiaomi poco
Xiaomi dan POCO

Jika paparan kosong, tiada pilihan NFC, ini bermakna telefon anda tidak mempunyai fungsi NFC dan tidak dapat guna kad TNG baharu ini dengan telefon anda. Ini bermakna anda masih perlu melakukan semakan dan tambah nilai di kedai atau kiosk TNG.

Contoh paparan jika telefon jika tidak menyokong NFC.

Lazimnya, kebanyakan telefon beberapa tahun ini semuanya sudah hadir dengan sokongan NFC. Namun, rupa-rupanya ada juga yang tidak ada ciri ini, misalnya vivo Y77 yang baru dilancar di Malaysia beberapa hari lalu.

iPhone

Untuk iPhone pula, anda tidak perlu semak atau hidupkannya. Hal ini kerana bermula iPhone 7 dan ke atas, kesemuanya memang hadir dengan fungsi NFC.

Bezanya, pada Android, pengguna boleh menghidup dan mematikan NFC. Jadi, jika ingin menggunakan kad TNG dengan aplikasi eWallet, pastikan hidupkannya terlebih dahulu.

Diharapkan perkongsian ini membantu anda membuat keputusan sebelum mendapatkan kad TNG NFC. Untuk bacaan lanjut tentang kad baharu ini, boleh baca di sini.

Untuk tahu beza teknologi RFID dan NFC pula, klik pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress