Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet sms scam

Ini Senarai Pautan ‘Scam’ Dan Cara Ketahui SMS Daripada ‘Scammer’ Atau TNG eWallet

Diterbitkan September 6, 2022 · Dikemas kini September 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bulan lalu, kami ada berkongsi tentang usaha scammer yang menghantar SMS menyamar sebagai pihak Touch ‘n Go. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Dalam SMS itu, ia menyertakan pautan. Apabila pengguna klik pautan itu, ia akan membawa pada halaman yang memaparkan seolah-olah daripada aplikasi TNG eWallet lantas memperdaya pengguna memasukkan maklumat peribadi.

Untuk cara semak stesen minyak yang menjual kad TNG NFC, klik SINI.

May be an image of text

Ia memang kelihatan hampir sama dengan antara muka eWallet, justeru pengguna akan mudah terpengaruh dan percaya.

Macam mana nak tahu SMS tu scam atau daripada TNG eWallet?

Touch ‘n Go eWallet berkata SMS asli daripada mereka tidak akan menyertakan sebarang pautan. Sebaliknya, SMS itu hanya bersifat makluman.

Jadi, kalai ada pautan disertakan dalam SMS mengatakan mereka daripada TNG, maka abaikan.

Berkaitan

  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • PDRM: SMS Beritahu Duit Masuk TNG eWallet Dengan Pautan Palsu Ialah ‘Scam’
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG

Antara pautan yang digunakan scammer dalam SMS:

  1. https://ewallettouchngo.top
  2. https://touchngosign.com
  3. https://touchngolog.top
  4. https://logtouchngo.com
  5. https://logintouchngo.com
  6. https://logtouchngo.cc
  7. https://touchngo.life
  8. https://touchngologin.cc
  9. my.toucngo.com
  10. my.tngwallc.com
  11. my.touchwalf.com
  12. my.touchwalp.com
  13. my.tngowlle.com
  14. my.tngewalle.com
  15. tngwallet.top

Kesimpulannya, jika anda dapati ada keganjilan ejaan dalam pautan tersebut dan mempunyai domain yang pelik, sahlah ia daripada penipu.

Contoh keganjilan dalam ejaan ialah “walet” dan domain yang pelik pula ialah “.top”.

Pun begitu, ada juga pautan menggunakan domain “.com”. Jadi, anda masih perlu berjaga-jaga.

tng ewallet scam sms

Scammer ini juga menggunakan teknik spoofing, kerana itulah anda menerima SMS mereka daripada “GOV” sedangkan ia bukan daripada kerajaan.

Jika anda ragu-ragu, berhubunglah dengan pihak Touch nGo atau TNG eWallet sendiri melalui akaun rasmi mereka di Facebook atau Twitter sebelum meneruskan sebarang komunikasi.

Jika anda mahu membeli kad TNG NFC melalui eWallet, baca artikel INI untuk petua.

Sumber: Touch ‘n Go eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY