Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 18 pro_001

Tiada iPhone 18 Standard Di Acara Apple, Ini Mungkin Jawapannya

Diterbitkan September 10, 2026 ยท Dikemas kini September 10, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas Apple memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo pada acara awal pagi tadi, mungkin ada yang tertanya-tanya, mana pula iPhone 18 biasa?

Untuk acara kali ini, Apple tidak memperkenalkan iPhone 18 versi standard. Sebaliknya, tumpuan diberikan kepada model Pro, serta iPhone Duo yang menjadi model baharu dalam barisan iPhone.

Bagaimanapun, ketiadaan iPhone 18 kali ini sebenarnya sudah dijangka berdasarkan beberapa laporan terdahulu mengenai perubahan jadual pelancaran Apple. Pada Mei tahun lalu, The Information mendedahkan bahawa Apple merancang untuk membahagikan pelancaran iPhone kepada dua fasa.

Menurut laporan itu, iPhone 18 versi standard dijangka dilancarkan pada musim bunga 2027, iaitu sekitar Mac, manakala model premium seperti iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max kekal dengan jadual pelancaran sekitar September 2026.

Laporan Bloomberg pada November 2025 turut mengulangi perkara sama, dengan menyatakan pelancaran siri iPhone 18 akan dibahagikan kepada dua fasa. Menurut Bloomberg, iPhone 18, iPhone 18e dan kemungkinan iPhone Air generasi baharu dijangka menyusul kira-kira enam bulan selepas pelancaran model premium tersebut.

Apa yang berlaku pada acara Apple kali ini selari dengan laporan berkenaan, apabila model premium dan iPhone Duo diperkenalkan terlebih dahulu, manakala iPhone 18 biasa masih belum diumumkan.

Perubahan ini bermakna jadual pelancaran iPhone kini berbeza daripada kebiasaan. Menurut laporan sama, pendekatan ini bertujuan memudahkan Apple mengurus barisan iPhone yang bakal merangkumi sehingga enam model, selain mengurangkan keperluan untuk menggaji sejumlah besar pekerja kilang pada satu-satu masa.

Namun begitu, Apple sendiri tidak memberikan penjelasan rasmi mengenai ketiadaan iPhone 18 dalam pelancaran kali ini. Sehingga itu, kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai iPhone 18.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Senarai Penuh Harga iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Dan iPhone Duo
  • iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi - Harga Bermula RM5,499
  • Apple Perkenal iPhone Duo - iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY