Harman Kardon memperluaskan barisan pembesar suara kediaman dengan memperkenalkan Allure 2 dan Liora, yang menyatukan seni bunyi, pencahayaan ambien serta reka bentuk estetik.
Allure 2 ialah pembesar suara Bluetooth kompak dengan kubah lutsinar, tapak fabrik akustik serta pencahayaan ambien 360 darjah menerusi lima tema LumiGlow.

Ia dilengkapi tiga pemacu bersaiz 1.5 inci, subwufer 3.5 inci, teknologi AI Sound Boost dan Bluetooth 5.4.
Pra-tempahan dibuka sehingga 6 Disember 2026 dengan lilin aromaterapi percuma, sebelum dijual rasmi pada 7 Disember pada harga RM1,099.

Sementara Liora pula, hadir sebagai model pembesar suara flagship Wi-Fi berkonsepkan arca dengan seni bina akustik 3-hala merangkumi dwi-subwufer 5 inci, empat pemacu julat pertengahan 2.5 inci dan tiga tweeter 30mm.
Ia menampilkan dua kubah lutsinar, struktur monokristal, 10 tema pencahayaan serta teknologi Constant Sound Field dan AI Sound Boost.

Liora menyokong Wi-Fi, Bluetooth 5.3, AirPlay 2, Google Cast dan Auracast, serta dibina dengan sekurang-kurangnya 22% bahan kitar semula.
Pra-tempahan Harman Kardon Liora berlangsung sehingga 6 Disember pada harga RM5,688 (termasuk kaki penyangga lantai dan set pewangi bernilai RM299).
Harga rasmi selepas pra-tempahan iaitu bermula 7 Disember 2026 pula ialah RM5,399 bagi Liora dan RM799 untuk kaki penyangga yang dijual secara berasingan.

