Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wisermy

Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone

Diterbitkan Mei 5, 2025 ยท Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple secara tradisinya melancarkan iPhone generasi baharu pada sekitar September setiap tahun.

Namun, laporan terkini The Information mendedahkan bahawa syarikat itu merancang untuk mengubah jadual pelancaran iPhone seperti kebiasaan – dipercayai sebagai persiapan menjelang pelancaran iPhone lipat pertama mereka.

Menurut sumber yang terlibat dalam rantaian bekalan Apple, model iPhone 18 versi standard dijangka akan dilancarkan pada musim bunga 2027, iaitu sekitar Mac.

Sementara itu, model premium seperti iPhone Pro, Pro Max dan berkemungkinan juga model lipat, masih kekal dengan jadual pelancaran seperti biasa pada sekitar September 2026.

Menurut laporan, perubahan jadual itu bertujuan untuk memudahkan pengurusan barisan iPhone yang bakal merangkumi enam model. Langkah itu juga dijangka dapat mengurangkan keperluan Apple untuk menggaji sejumlah besar pekerja kilang dalam satu masa.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu
  • 2025 Baru Mula Tapi Apple Sudah Ungguli Pasaran Telefon Pintar Global - Kajian
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China

Sumber: The Information

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY