iQOO Malaysia mengumumkan siri telefon pintar flagship terbaharunya, iQOO 16 Series yang merangkumi model iQOO 16 dan iQOO 16s, akan dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 8 Disember 2026.
Model utama, iQOO 16, dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 (2nm) bersama Cip Superkomputer Q4 dengan sokongan Full-Scene Ray Tracing menawarkan prestasi tinggi bagi permainan mudah alih.
Ia turut dilengkapi paparan Samsung M16 2K 165Hz dengan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits.

Sementara model iQOO 16s pula direka untuk prestasi harian yang seimbang menerusi cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan skrin AMOLED 6.59 inci 1.5K 144Hz, serta bateri berkapasiti besar BlueVolt 7,650 mAh dalam rekaan badan ultra nipis.
Menjelang pelancarannya, anda sudah pun boleh membuat pra-tempahan bermula 24 November hingga 7 Disember 2026 dengan deposit serendah RM1.
Malah, pembeli awal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan sehingga RM16,000 termasuk hadiah utama sebuah iQOO 16 (12GB+256GB), selain menikmati kad petrol PETRONAS RM50 dan diskaun ahli RM200.



