Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Image Sep 10, 2026, 04_05_30 AM

Senarai Penuh Harga iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Dan iPhone Duo

Diterbitkan September 10, 2026 oleh Amalina Athman

Apple baru sahaja memperkenalkan sejumlah produk baharu, termasuk iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo.

Antara pembaharuan utama pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max termasuk penggunaan cip A20 Pro yang dibina menggunakan proses 2nm, kamera 48MP Fusion dengan apertur boleh ubah serta sistem penyejukan vapor chamber generasi baharu. Kedua-dua model turut hadir dengan Dynamic Island yang direka semula dalam saiz lebih kecil dan ketahanan bateri lebih baik.

iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi – Harga Bermula RM5,499

Sementara itu, iPhone Duo merupakan iPhone lipat pertama Apple yang menggunakan reka bentuk dua skrin, iaitu paparan dalaman 7.6-inci dan paparan luaran 5.4-inci. Ia turut dikuasakan cip A20 Pro, dilengkapi sistem kamera 48MP Dual Fusion serta menyokong Apple Pencil dengan USB-C.

Apple Perkenal iPhone Duo – iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499

Senarai penuh harga iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo

iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Black, Silver, Glacier dan Burgundy. Sementara iPhone Duo pula hadir dalam warna Star White dan Night Sky.

Berikut merupakan senarai penuh harga untuk pasaran Malaysia:

iPhone 18 Pro

  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM8,499
  • 2TB – RM11,499

iPhone 18 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM8,999
  • 2TB – RM11,999

iPhone Duo

  • 256GB – RM9,499
  • 512GB – RM10,499
  • 1TB – RM12,499
  • 2TB – RM15,499

Bagi iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, prapesan dibuka pada 12 September 2026, jam 8 malam, manakala jualan rasmi bermula pada 18 September 2026.

Untuk iPhone Duo pula, prapesan dibuka pada 16 Oktober 2026, jam 8 malam, sebelum jualan rasmi bermula pada 23 Oktober 2026.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Sahkan iOS 27 Tiba 14 September Ini
  • iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi - Harga Bermula RM5,499
  • Apple Perkenal iPhone Duo - iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY