Nothing mendedahkan rupa peranti AI terbaharu mereka yang dikenali sebagai Ear (note).
Nothing menyatakan, peranti ini merupakan gabungan inovatif antara pengalaman audio berkualiti tinggi dengan pembantu nota kecerdasan buatan (AI) yang disepadukan sepenuhnya.
Ear (note) dinyatakn sebagai sebuah peranti audio yang direka untuk memudahkan tugasan harian seperti mentranskripsi, meringkaskan, dan melaksanakan tugas berdasarkan perbualan secara bersemuka, panggilan telefon, mahupun mesyuarat dalam talian.

Keunikan peranti ini terletak pada keupayaannya untuk berfungsi di latar belakang tanpa memerlukan peranti tambahan atau mengubah tabiat pengguna, sambil mengekalkan kualiti audio Hi-Res.
Dari segi reka bentuk, Ear (note) menampilkan rekaan baharu sambil mengekalkan reka bentuk telus yang menjadi identiti Nothing.
Ia menampilkan bekas aluminium bersudut tepat dengan kemasan logam, serta tetingkap lutsinar yang diinspirasikan oleh peta topografi.
Sentuhan retro turut disertakan melalui butang ‘TALK’ dan ‘RECORD’ yang memberikan maklum balas sentuhan yang memuaskan.
Ear (note) dijadualkan untuk pelancaran pada 8 Disember 2026 ini dengan harga yang akan diumumkan.
