Acer Malaysia memperkenalkan dua penyelesaian penjagaan udara kediaman terbaharu, iaitu penapis udara Acerpure Siri PRO P5 dan kipas pintar Acerpure COZY F6.
Kedua-dua peranti ini dilengkapi Teknologi PINOKI Ion berpaten yang menjana ion positif serta negatif untuk menulenkan udara, menghapuskan bau, membunuh bakteria dan mengekalkan kelembapan ruang.

Direka khusus untuk kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan, Acerpure Siri PRO P5 berupaya memerangkap bulu berterbangan 37% lebih cekap menerusi lubang kemasukan udara lebar.
Ia hadir dengan sistem penapisan berbilang lapisan termasuk penapis HEPA gred H13, karbon aktif, UVC terbina dalam, serta kawalan aplikasi Acerpure HOME.
Siri ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu PRO P5 MAX (RM1,899), PRO P5 (RM1,299) dan PRO P5 MINI (RM799).
Sementara itu, Acerpure COZY F6 berharga RM799 menampilkan penderia suhu AI dengan 32 tetapan kelajuan, aliran udara sejauh 25 meter serta operasi senyap serendah 30 dB.

Sempena pelancarannya sehingga 12 Disember 2026, pembeli berpeluang menikmati potongan harga sehingga RM500, kredit eWallet Touch ‘n Go serta hadiah percuma bernilai sehingga RM199.
