Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Bloomberg: Pelancaran iPhone 18 Akan Dibahagikan Dua Fasa

Diterbitkan November 18, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan merancang untuk membahagikan jadual pelancaran siri iPhone 18 kepada dua fasa.

Menurut Mark Gurman dalam Power On Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan model iPhone boleh lipat pada musim luruh 2026.

Sementara itu, pelancaran model iPhone 18, iPhone 18e dan kemungkinan iPhone Air generasi baharu akan dilancarkan kira-kira enam bulan kemudian, sekitar Mac 2027. Corak ini dijangka berterusan untuk tahun-tahun akan datang, dengan Apple berpotensi mengeluarkan antara lima hingga enam model setiap tahun.

Sebagai rujukan, model utama iPhone dahulunya dilancarkan pada musim panas, iaitu sekitar Jun atau Julai, sehingga iPhone 4S diperkenalkan pada Oktober 2011. Peralihan ke musim luruh berlaku kerana kelewatan berkaitan iOS 5, iCloud dan pembantu suara Siri, dan strategi ini kekal sehingga kini kerana bersesuaian dengan musim perayaan dan membeli-belah.

Berkenaan iPhone Air generasi baharu, Gurman berkata model ini sebenarnya tidak pernah dirancang untuk dilancarkan tahun depan, sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Bermakna, penangguhan itu bukanlah disebabkan prestasi jualan, seperti yang dilaporkan The Information sebelum ini.

Malah, penamaan produk sebagai iPhone Air (bukannya iPhone 17 Air) juga menunjukkan Apple mungkin tidak mahu peranti ini terikat dengan kitaran pelancaran tahunan seperti model iPhone biasa.

Difahamkan, fokus utama untuk iPhone Air generasi kedua adalah pada cip 2nm dan bukannya perubahan besar pada bahagian fizikal. Naik taraf cip ini dijangka meningkatkan ketahanan bateri, yang merupakan kekurangan paling ketara pada model pertama.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2
  • iPhone 18 Pro Mungkin Tidak Lagi Tampil Dengan Rekaan Dua Warna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY