Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Posted on Mac 2, 2026Mac 2, 2026

Di era gaming mudah alih, pengguna bukan sahaja mahukan peranti yang pantas semata, tapi lengkap dalam segalanya.

Sebab itulah iQOO 15R muncul sebagai peranti flagship yang direka khas untuk memberikan pengalaman gaming tanpa kompromi dengan menetapkan piawaian baru untuk telefon pintar berprestasi tinggi.

3 Cip Dengan Sistem Penyejukan IceCore!

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 5 bersama vivo Supercomputing Chip Q2 dan Network Enhancement Chip, sekali gus memastikan pengalaman bermian berjalan lancar tanpa lag. 

Gamer boleh menikmati grafik penuh pada tetapan FPS maksimum dengan stabil, sama ada dalam permainan aksi pantas seperti Delta Force, Call of Duty Mobile atau permainan strategi berat termasuklah Age Of Empire dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB).

Yang bestnya lagi, mainlah berjam-jam lama pun, iQOO 15R sentiasa cool di tangan korang. Inilah kehebatan ciri sistem penyejukan IceCore!.

iQOO 15R dilengkapi sistem penyejukan 6.5K IceCore VC Vapor Chamber dengan Dual-Layer Graphite Sheet memastikan prestasi kekal konsisten walaupun selepas berjam-jam bermain.

Pengecasan 100W Advanced Bypass

Hayat bateri adalah antara kebimbangan utama pemaian tegar permainan mudah alih.

Inilah kelebihan utama iQOO 15R di mana ia dimuatkan dengan bateri 7600mAh yang mampu memberikan permainan tanpa henti selama 7 jam.

Malah lebih hebat lagi adalah bateri iQOO 15R menyokong pengecasan pantas 100W FlashCharge serta teknologi Advanced Bypass Charging yang membolehkan pengecasan pantas tanpa menjejaskan prestasi.

iQOO 15R, bateri besar, cas pun pantas. Kesihatan bateri pun terjamin dengan adanya teknologi Advanced Bypass Charging.

Skrin AMOLED 144Hz

Untuk pengalaman gaming maksimum, iQOO 15R adalah peranti terbaik untuk pemain tegar.

Dilengkapi paparan 1.5K AMOLED dengan kadar segar 144Hz, bermain permainan aksi dan pantas di  iQOO 15R membolehkan anda bermain melebihi tahap prestasi terbaik anda.

Ditambah lagi dengan Super Touch Control Chip menjadikan setiap pergerakan lebih tepat dan responsif yang boleh dirasai dalam setiap sentuhan.

– iQOO 15R turut hadir dengan ciri gaming eksklusif seperti 4D Gaming Vibration, Gaming Highlights, dan Live Streaming Assistant untuk pengalaman gaming lebih imersif.
Bukan sekadar peranti gaming, iQOO 15R juga dilengkapi kamera utama 50MP dari Sony serta kamera hadapan 32MP.

 iQOO 15R Untuk Gamer Sejati

Dengan spesifikasi flagship dan reka bentuk premium, iQOO 15R bukan sekadar telefon pintar – ia adalah ‘senjata’ utama gamer sejati yang juga dibina bersama sistem OriginOS 6,sekali gus menjanjikan pengalaman keseluruhan yang tiada tandingan..

Maka tidak hairanlah iQOO 15R menjadi telefon pintar rasmi bagi MKL 2026.

Kesimpulannya,  iQOO 15R  adalah sebuah flagship kompak yang menjanjikan pengalaman gaming lancar tanpa lag dan imersif.

Setiap pilihan perkakasan dan perisian direka khusus untuk menyokong fokus tersebut.

iQOO 15R telefon gaming terbaru sudah pun rasmi di Malaysia dengan harga jualannya bermula RM2,499. iQOO 15R sudah boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln9poq
  • Lazada – https://invl.me/cln9pov

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress