Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom digi

SKMM Persilakan Lebih Banyak Gabungan Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersedia menerima mana-mana syarikat telekomunikasi di negara ini untuk bergabung. Pada waktu sama, badan itu sedang mengkaji semula struktur pasaran sekarang.

Pastinya ramai tahu bahawa Axiata dan Telenor telah mencapai kata sepakat untuk penggabungan Celcom dan Digi di Malaysia.

Dengan urusan rasmi berkenaannya masih berjalan, perkara tersebut dijangka selesai dalam tahun ini juga.

Selari dengan itu, Celcom juga telah diarahkan untuk menjual Yoodo atau menutupnya jika tiada pemilik baharu.

Berkaitan

  • SKMM: Liputan 4G Seluruh Negara Meningkat Ke 97%, 3G Masih Belum Tamat
  • MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan
  • Yoodo Keluar Kenyataan Berkaitan Gabungan Celcom-Digi
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Aduan Pengguna Turun 68% Berbanding Tempoh Sama Tahun Lalu - SKMM

CGS-CIMB Research berkata SKMM telah memberitahu bahawa Suruhanjaya boleh melaksanakan penyelesaian yang bersesuaian untuk isu ketumpatan pasaran (market concetration), sama seperti dilakukan pada penyatuan Celcom-Digi.

Buat masa ini, tiada lagi khabar angin mendakwa mana-mana syarikat telekomunikasi turut akan bekerjasama untuk penggabungan. Ura-ura Maxis-U Mobile juga telah banyak kali dinafikan.

Dengan semakin kurangnya pemain industri, orang ramai khuatir kadar persaingan yang sedikit ini akan merugikan pengguna kelak.

Pun begitu, SKMM mungkin ada jalan penyelesaian yang lebih baik untuk pengguna dengan pengumuman ni.

Sumber: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY