Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom digi

MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka tidak membantah cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd. dan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) yang melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Celcom (secara kolektif dikenali sebagai “Pemohon”).

Sehubungan itu MCMC telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan tersebut.

Penggabungan tersebut sekaligus akan menjadikan mereka pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia.

Ekoran itu, MCMC memaklumkan mereka telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan tersebut.

Berdasarkan penilaian yang dibuat itu, MCMC telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada Pemohon selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh MCMC.

Pemohon juga telah mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen Pemohon untuk mengatasi isu-isu persaingan yang telah diketengahkan oleh MCMC di dalam Pernyataan Isu.

Selepas dipertimbangkan, MCMC  berpuas hati dengan komitmen yang ditawarkan oleh Pemohon bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu-isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY