Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo mock

Yoodo Keluar Kenyataan Berkaitan Gabungan Celcom-Digi

Diterbitkan Julai 1, 2022 · Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dua hari lalu, SKMM memaklumkan bahawa mereka memberi lampu hijau pada permohonan penggabungan Celcom dan Digi namun ia hadir dengan beberapa syarat.

Antaranya ialah pengguguran Yoodo daripada Celcom di mana syarikat perlu menjual Yoodo pada pemilik baru yang tiada kaitan dengan Celcom mahupun Digi.

Jika gagal, maka Yoodo perlu ditamatkan operasinya.

May be an image of text

Susulan itu, Yoodo telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelanggan sedia ada tidak perlu risau dengan pengumuman tersebut kerana mereka masih beroperasi seperti biasa.

Bukan itu saja, syarikat juga terus menenangkan hati pengguna dengan berkata ada beberapa produk baharu akan dilancarkan dalam bulan-bulan mendatang.

Ia berkaitan dengan K-Pop dan pakej data baru untuk MOBA selain ganjaran lain menanti pelanggan.

Jika anda tidak pernah menggunakan perkhidmatan Yoodo, untuk pengetahuan, urusan dan transaksinya dijalankan sepenuhnya melalui dalam talian.

Sumber: Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY