Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telco telko line

Aduan Pengguna Turun 68% Berbanding Tempoh Sama Tahun Lalu – SKMM

Diterbitkan Oktober 19, 2022 · Dikemas kini Oktober 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

SKMM mendedahkan bahawa jumlah aduan diterima melalui MCMC Aduan mengalami penurunan sama ada dibandingkan dengan suku sebelum ini mahupun tempoh sama tahun lalu.

Untuk tahun ini saja, kesemua aduan diterima ialah sebanyak 54,423.

Bagaimanapun, setiap bulan (setakat September 2022) dilihat jauh lebih rendah daripada bulan yang sama pada tahun 2021. Anda boleh rujuk visual di bawah.

JENDELA Suku Ketiga 2022 aduan 1

Dapat kita lihat juga tahun lalu, bulan Jun mencatatkan bilangan yang sangat tinggi iaitu sehingga 44,972 tetapi yang tertinggi untuk tahun 2022 (setakat September) hanya 8,616 iaitu pada Mei.

Untuk tahun 2022 juga, ia seakan-akan berombak naik turunnya namun hanya mulai Mei baru dapat kita saksikan ia bilangan aduan menurun dengan konsisten.

JENDELA Suku Ketiga 2022 aduan

Contohnya, aduan liputan 4G pada Jun 2022 ialah 2,515 kemudian mulai suku ketiga menurun ke 2,193 pada Julai, 2,033 pada Ogos dan 1,883 pada September.

Untuk suku ke-3 saja, jumlah aduan mengalami pengurangan aduan sebanyak 66% jika dibanding suku ke-3 tahun lepas.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • JENDELA: Liputan Rangkaian 4G Capai 95.82% Setakat Jun 2022
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Opensignal: U Mobile Juara Muat Naik, Digi Nombor 1 Untuk Muat Turun
  • Maxis Jaguh Untuk 'Gaming', Kongsi Kedudukan Pertama Dengan Digi Untuk Video - Opensignal
  • JENDELA: Maxis Paling Banyak Bina Menara 4G Sampai Lebih Sasaran, Celcom Paling Sedikit

Selain itu, 5 kawasan tertinggi diadukan datang daripada Petaling, KL, Johor Bahru, Kuala Langat dan Seremban.

Unutk makluman, liputan 4G di kawasan berpenduduk juga meningkat ke 96.9% daripada 95.82% pada suku kedua.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY