Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pencawang 5g

SKMM: Liputan 4G Seluruh Negara Meningkat Ke 97%, 3G Masih Belum Tamat

Diterbitkan Mei 3, 2022 · Dikemas kini Mei 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

SKMM telah mengeluarkan laporan JENDELA bagi suku pertama tahun 2022.

Antara yang menjadi tumpuan ialah peningkatan trafik sehingga 70%, aduan yang meningkat sehingga 70% dan kelajuan internet yang menurun sekitar 40%.

Salah satu kejayaan yang berjaya dicapai ialah peningkatan kawasan liputan 4G seluruh negara iaitu daripada 91.8% ke 96.9% di kawasan berpenduduk.

Bukan itu sahaja, kelajuan jalur lebar (broadband) juga dilaporkan menaik daripada 25Mbps ke 35Mbps.

Dalam pada itu, 83% premis di seluruh negara juga akan mendapat akses untuk jalur lebar tetap dengan kapasiti gigabit, menurut laporan tersebut.

Bagi rangkaian 3G pula yang sepatutnya tamat sepenuhnya 31 Disember 2021, kini tinggal 0.7% sahaja kawasan masih belum dihentikan.

Ia dijangka berakhir 100% pada Disember tahun ini dengan sebanyak 86.6% pelanggan sudah beralih ke 4G setakat ini.

Baca juga:

  • Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY