Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v25 daus (5)

Rahsia Gambar ‘Selfie’ Cantik Akhirnya Terbongkar

Diterbitkan September 15, 2022 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Penaja

Anda tak salah baca mahupun berkhayal. Sebuah telefon yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lalu dilengkapkan dengan kamera swafoto 50MP. Ia adalah vivo V25 yang berharga tak sampai RM2,000.

Kalau nak tahu, siri V ini memang mempunyai fokus terhadap kamera swafoto sejak awal pengenalannya. Tapi dari segi prestasi juga boleh tahan kerana dijana cip MediaTek Dimensity 900, sokong rangkaian 5G dan ada ciri RAM tambahan maya sehingga 8GB.

Kamera belakang 64MP bersama penstabilan OIS

Dalam siri V21 dan V23 sebelum ini, masing-masing menumpukan terhadap natural beauty, daripada perisian ke perkakasan dan lain-lain demi menghasilkan swafoto yang dibanggakan pengguna.
Bergerak ke hadapan, V25 kali ini turut menaik taraf kamera belakangnya.

Rahsia Gambar ‘Selfie’ Cantik Akhirnya Terbongkar
Rahsia Gambar ‘Selfie’ Cantik Akhirnya Terbongkar

 

vivo V25 ini tampil dengan 3 lensa di belakangnya iaitu 64MP, 8MP dan 2MP. Mungkin anda berasa 64MP sudah cukup tapi bukan itu saja yang vivo tawarkan kali ini.

vivo v25 night mode (6)

v25 stabilisation

Kamera 64MP ini turut hadir OIS (penstabilan optik) dan EIS (penstabilan elektronik) yang menjanjikan kestabilan semasa anda merakam video. Jadi, tak adalah nampak sangat goyang-goyang.

Dalam pada itu, ciri lain turut tersedia ialah Bokeh Flare Potrait yang mencantikkan lagi gambar potret anda. Barulah tak bosan dan sedia dikongsi terus ke media sosial.

vivo v25 night mode (12)

vivo v25 night mode (8)

Swafoto lebih cun dengan lensa 50MP

Kalau bercakap pasal lensa dengan megapiksel tinggi, dah jadi satu kebiasaan untuk kamera belakang. Tapi, untuk lensa swafoto, model manakah yang anda ingat menggunakan lensa yang tinggi seperti 50MP?

vivo v25 (2)

vivo kali ini dengan berani meletakkan 50MP sebagai kamera selfie, hanya tinggal wajah anda yang berupa paras indah saja untuk melengkapkan kejadiannya.

vivo v25 selfie

Ia juga ada ciri autofokus melalui Eye Autofocus yang menjejak mata anda agar gambar diambil mempunyai fokus yang betul iaitu wajah berseri anda.

Panel belakang yang boleh bertukar warna

Borak pasal kamera sudah. Kali ini, pasal panel belakangnya pula yang unik berbanding telefon-telefon lain di pasaran kerana menggunakan Fluorite AG.

vivo v25 (6)
Ini menyebabkan ia boleh bertukar warna berdasarkan cahaya matahari dan sinar UV yang dipancarkan padanya.

Ia terdapat pada vivo V25 berwarna Aquamarine Blue dan Sunrise Gold.

vivo v25 aquamarine blue

Aquamarine Blue yang terhad di Malaysia ini diilhamkan lautan dan biru nilam. Kalau diumpamakan, seperti menyelam ke dalam air laut yang jernih sambil menari-nari dengan bayang-bayang dibawa ombak.

vivo v25 sunrise gold

Sunrise Gold pula mencorakkan peralihan antara warna emas, jingga dan kemerah-merahan seperti matahari di hujung lautan.Walaupun warna Diamond Black tidak mempunyai kelebihan seperti dua warna lain, tapi ia pastinya dicari-cari anda yang sukakan penampilan yang lebih ‘lowkey’.

Spesifikasi lain dan harga

Selain itu, untuk menambah perasa, anda juga kena tahu yang vivo V25 ini dimuatkan dengan storan RAM sebesar 8GB+8GB, bateri sebesar 4500mAh dan sokong pengecasan pantas FlashCharge 44W.

vivo v25 usp

Dengan storan dalam sebesar 256GB, telefon ini masih menyokong kad memori sebesar 1TB. Skrin juga tak calang-calang kerana menggunakan panel OLED bersaiz 6.44 inci.

Apa tunggu lagi, dapatkan maklumat lanjut atau terus beli pada harga RM1,799 dengan klik di SINI untuk Lazada atau SINI melalui Shopee.

**Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY