Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Apple secara rasminya telah pun melancarkan siri iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Sempena dengan kehangatan kehadiran siri iPhone 14 di pasaran tempatan, pengedar rasmi produk-produk Apple di Malaysia, iTworld sedang mengadakan tawaran eksklusif bermula dari 23 September 2022.

Tawaran eksklusif iTworld untuk siri iPhone 14


Untuk pembelian bagi semua model iPhone 14, iTworld secara eksklusif menawarkan jaminan tahun ke-2 ke atas peranti tersebut dan memberikan akses premium untuk aplikasi rekaan dan suntingan foto terkemuka PIXLR selama 3 bulan.

iTworld turut memberikan lagi baucar e-tunai bernilai RM100 untuk pelanggan yang menebus semasa pemberian baucar GLOO Rewards.



Kapsyen: iPhone 14 Pro dan Pro Max dikuasakan oleh cip pemprosesan A16. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Space Black, Silver, Gold dan Deep Purple.

Malah bagi menyemarakkan lagi jualan siri iPhone 14, iTworld menawarkan nilai tukar beli (trade-in) sehingga 50%. Tawaran nilai tukar beli ini sah sehingga 31 Disember 2022 bagi semua siri iPhone 13 dan iPhone 13 Pro.

Manakala untuk model iPhone 13 mini pula, tawaran nilai tukar beli ini dari iTworld ini akan tamat pada 31 Oktober 2022.

Tidak cukup dengan itu, iTworld menambahkan lagi ke atas tawaran nilai tukar beli (bagi model iPhone, iPad dan Apple Watch terpilih) dengan rebat ekstra bernilai RM200 kepada pelanggannya sebaik pembelian siri iPhone 14 dibuat.

Tawaran rebat ekstra ini sah sehingga 31 Disember 2022.

Selain itu, iTworld juga menawarkan pelan perlindungan skrin hanya pada harga RM189 sahaja.

Ansuran 0% sehingga 48 bulan


Bagi memudahkan pengguna memiliki siri iPhone 14 terbaru ini, iTworld menawarkan ansuran mudah 0% dari 24 bulan, 36 bulan dan 48 bulan kepada pelanggannya.

iTworld menawarkan ansuran mudah 0% selama 48 bulan untuk pelanggan Bank Standard Chartered sahaja. (Hanya di stor iTworld sahaja)

Selain itu, untuk pelanggan Bank Overseas Bank (UOB), mereka bakal menerima baucar e-tunai bernilai RM150 serta pilihan ansuran mudah 0% selama 24 bulan atau 36 bulan untuk pembelian siri iPhone 14. (Berasaskan siapa dulu dia dapat dan selagi stok baucar masih ada)

Sementara pelanggan Bank HSBC pula akan menerima baucar e-tunai bernilai RM100 serta ansuran mudah 0% untuk 24 bulan atau 36 bulan bagi pembelian  siri iPhone 14. (Berasaskan siapa dulu dia dapat dan selagi stok baucar masih ada)

Beli siri iPhone 14 dengan Atome menerusi iTworld


Selain daripada tawaran di atas, iTworld turut menawarkan promosi beli sekarang bayar kemudian (BNPL) dengan ATOME.

Pelanggan iTworld boleh membeli siri iPhone 14 idaman mereka dengan kemudahan BNPL dari ATOME di mana anda boleh menambah had limitasi kad debit mereka sehingga RM5,099.



Malah dengan pembelian minimum RM3,500 pada siri iPhone 14 & iPhone 14 Pro, anda akan menerima baucar belian dengan belian (PWP) bernilai RM100 untuk pembelian seterusnya dengan minimum perbelanjaan RM300.

Beli siri iPhone 14 dengan PAYLATER Malaysia menerusi iTworld


iTworld juga menawarkan kemudahan BNPL PAYLATER Malaysia di mana dengan pembelian minimum RM4,199 pada siri iPhone 14 & iPhone 14 Pro, anda akan menerima baucar PWP bernilai RM100 untuk pembelian seterusnya dengan minimum perbelanjaan RM899.

Selain itu, anda juga boleh mendapat aksesori original Apple pada harga diskaun. Sebagai contoh, pengecas 20W original Apple boleh dibeli hanya pada harga RM79 dan AirPods Pro hanya pada harga RM849 sahaja bersama dengan pembelian siri iPhone 14.

Dapatkan tawaran eksklusif iPhone 14 dengan GLOO @AEON. Ansuran sehingga 36 bulan


Peminat siri iPhone 14 juga turut boleh mendapatkan telefon pintar Apple terbaru ini dengan GLOO @AEON.

GLOO @AEON secara eksklusif menawarkan jaminan tahun ke-2 untuk pembelian siri iPhone 14. Pembeli juga akan mendapat akses premium selama 3 bulan ke atas aplikasi PIXLR.

Malah GLOO @AEON memberikan kemudahan ansuran untuk pembelian siri iPhone 14 sehingga 36 bulan kepada pemohon AEON EPP yang diluluskan permohonan mereka.

GLOO @AEON juga turut menawarkan pakej aksesori SwitchEasy pelindung badan dan pelindung skrin iPhone yang bernilai RM129 serta PWP ke atas pengecas Aukey 20W hanya pada harga RM50 sahaja.

Beli siri iPhone 14 secara atas talian dari stor rasmi iTworld di Shopee dan Lazada


Selain daripada membeli siri iPhone 14 dari stor fizikal iTworld, anda juga boleh membeli telefon pintar Apple terbaru itu melalui secara atas talian di stor rasmi iTworld Shopee dan Lazada.

Untuk penghantaran secara pos, anda akan dikenakan caj perkhidmatan kurier.

Atau anda boleh pilih mengambil sendiri siri iPhone 14 yang dibeli dari stor iTworld Shopee terus dari ibu pejabat SNS Network Ipoh HQ, cawangan stor fizikal iTworld MidValley atau di cawangan iTworld Starling tanpa dikenakan sebarang caj kurier.

Sementara pembelian siri iPhone 14 dari laman sesawang rasmi iTworld pula, anda boleh memilih mengambilnya sendiri di ibu pejabat SNS Network Ipoh HQ, 13 cawangan iTworld dan 14 cawangan GLOO.

(iTworld memaklumkan, model iPhone 14 Plus hanya akan tersedia di stor mereka pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022 jam 8.00 pagi.)

Untuk terma penuh berkaitan pembelian siri iPhone 14 serta tawaran-tawaran yang ditawarkan ini, sila layari laman-laman rasmi berikut:-

Untuk info lebih lanjut lagi, anda boleh hubungi iTworld di nombor 012-9787616.

Atau layari laman-laman rasmi berikut:-

Kepada pengguna Android yang pertama kali berhijrah ke peranti iOS, anda boleh merujuk video-video di bawah sebagai panduan untuk anda menetapkan peranti dan memindahkan sandaran (back-up) dari peranti Android ke iOS.

https://www.youtube.com/watch?v=3rHtV3ZDdgQ&t=52s

https://www.youtube.com/watch?v=8GDkLsR1ErI&t=3s

https://www.youtube.com/watch?v=wqSZDKLbdoA

*Artikel ini dibawakan oleh iTworld