Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Neo_001

Semua Model Mac Turut Naik Harga – MacBook Neo Kini Bermula RM2,999

Diterbitkan Jun 25, 2026 · Dikemas kini Jun 25, 2026 oleh Amalina Athman

Bukan hanya iPad, Apple nampaknya turut mengemas kini harga bagi keseluruhan barisan Mac di Malaysia. Pelarasan ini menyebabkan semua model kini dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

MacBook Neo yang sebelum ini menjadi pilihan paling mampu milik dalam keluarga Mac, kini menyaksikan kenaikan sebanyak RM500 bagi kedua-dua varian yang ditawarkan. Harga permulaan MacBook Neo naik kepada RM2,999, berbanding RM2,499 sebelum ini.

Berikut adalah senarai harga permulaan terkini bagi setiap model Mac yang ditawarkan melalui laman rasmi Apple Malaysia:

  • MacBook Neo – RM2,999, sebelum ini RM2,499
  • MacBook Neo (512GB/Touch ID) – RM3,399, meningkat daripada RM2,899
  • MacBook Air (M5) – RM5,499, sebelum ini RM4,699
  • MacBook Pro 14-inci (M5 Pro) – RM10,299, berbanding RM8,999 sebelum ini
  • iMac – RM6,499, meningkat daripada RM5,799
  • Mac mini (M4) – RM3,299, sebelum ini RM2,499
  • Mac mini (M4 Pro) –  RM6,999, berbanding RM5,999 sebelum ini
  • Mac Studio (M4 Max) – RM10,999, sebelum ini RM8,999
  • Mac Studio (M3 Ultra) – RM23,999, berbanding RM17,999

Seperti dilaporkan sebelum ini, Apple turut menaikkan harga keseluruhan barisan iPad, termasuk iPad Pro yang kini boleh mencapai sehingga RM1,000 lebih mahal berbanding harga pelancaran.

Secara keseluruhan, pelarasan harga ini dilaksanakan di peringkat global, namun jumlah kenaikan berbeza mengikut mata wang dan struktur pasaran di setiap negara.

“Kami tidak pernah menyaksikan kenaikan harga komponen sebanyak ini, secepat ini. Kami telah melindungi pelanggan daripada kenaikan tersebut setakat ini, tetapi kini telah sampai ke tahap di mana kami perlu mula menaikkan harga untuk beberapa produk, termasuk kenaikan hari ini untuk iPad dan Mac,” kata Apple dalam satu kenyataan.

Bagi pengguna di Malaysia, ini bermakna anda perlu merancang bajet dengan lebih teliti jika ingin membeli produk baharu Apple.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan - Harga Bermula RM8,999
  • Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 - Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699
  • MacBook Neo Terlalu Berjaya – Apple Terpaksa Gandakan Pengeluaran, Tapi Risiko Harga Naik Masih Ada
  • Apple Akan Naikkan Harga Susulan Krisis Bekalan Cip Memori, Tim Cook Kata "Tak Dapat Dielakkan"
  • Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia - iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY