Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Posted on Januari 14, 2026Januari 14, 2026

Bila sebut telefon baharu, biasanya kita akan nampak senarai spesifikasi panjang. Semua nampak hebat, ada yang dijanjikan bulan bintang, tapi sejauh mana ia menawarkan prestasi setanding ‘hype’? OPPO Reno15 mungkin ada jawapannya.

Lagi Ramai Dalam Satu Bingkai, Lagi ‘Hidup’

Pernah tak bila selfie, tapi rasa ada sesuatu yang tak kena? Sama ada wajah nampak sedikit herot, dahi nampak luas, atau latar belakang terus ‘tenggelam’ sebab bingkai terlalu sempit.

Itulah punca kenapa gambar sering nampak kekok. Apabila sudut lensa kamera depan terlalu terhad, ia terpaksa ‘menarik’ imej untuk muatkan subjek.

Sebab itu, 50MP Ultra Wide Selfie Camera pada Reno15 bukan sekadar angka semata-mata. Bayangkan nak selfie dengan kawan ramai-ramai, tapi semua orang boleh muat dalam satu bingkai tanpa perlu berundur atau terlalu rapat.

OPPO Reno15
Telefon jenama lain

Dengan sudut pandang seluas 100°, suasana tempat, vibe dan ekspresi semua orang boleh dirakam dengan natural, tak nampak seperti ‘dipaksa’.

Golden Selfie Angle (0.6x) pula buatkan saiz wajah nampak lebih seimbang secara semula jadi dengan latar belakang yang tetap luas. Hasilnya selfie nampak santai dan tetap “on point”.

Bila melancong, memang terasa bezanya. Tak perlu selfie stick yang makan ruang, dan tak perlu pusing telefon guna kamera belakang semata-mata ikut trend Gen Z. Angkat, snap, siap.

Popout

Scroll media sosial mesti pernah nampak gambar yang macam subjek tu keluar dari bingkai. Biasanya siap ada tutorial panjang lebar nak edit, layer sana sini, baru jadi.

Dengan Reno15, semua tu tak perlu. Ciri Popout boleh gabungkan beberapa Motion Photos dan terus jadi effect “melompat keluar dari frame”, tanpa proses yang renyah.

Contohnya mudah saja, kawan hulur secawan kopi dalam bingkai atas, kita sambut di bingkai bawah. Sekali tengok, terus rasa macam magik tapi memang real. Tak perlu aplikasi tambahan, tak perlu skill edit. Cuma ambil gambar, dan biar Reno15 buat kerja dia.

Potret Dari Jauh, Tetap Nampak Profesional

3.5x Telephoto Vibe Portrait menjadikan potret yang dirakam dari jarak jauh nampak lebih profesional. Dengan Telescope Zoom OPPO, zum digital sampai 120× pun butiran gambar masih jelas.

Kombinasi lensa 50MP dengan Reno Portrait Engine buatkan warna dan tona kulit kekal semula jadi, tanpa kesan pemprosesan berlebihan. Lensa telefoto ini juga hasilkan spatial compression secara semula jadi, membuatkan subjek dan latar nampak lebih dekat – sinematik tapi masih realistik.

Dalam keadaan cahaya kurang memuaskan, AI Portrait Glow bantu seimbangkan pencahayaan, manakala AI Motion Photo Eraser pula boleh buang gangguan macam orang lalu lalang atau objek yang tidak diingini.

Tak cukup dengan gambar, Reno15 juga sokong rakaman video 4K HDR Ultra-Steady. Dari namanya pun dah jelas, rakaman tetap stabil walaupun bergerak, warna nampak lebih semula jadi. Ditambah pula dengan Front Ultra Wide Portrait Video 0.6x, sesuai untuk vlog.

Rekaan Yang ‘Bergerak’ Dengan Cahaya

Dancing Aurora Texture Design bukan sekadar cantik, tetapi menjadikan panel belakang seolah-olah hidup dan sentiasa bergerak.

Berjuta-juta corak OPPO Glow yang sangat halus diukir pada permukaan, menjadikan kemasan dengan tekstur visual 3D. Bila cahaya kena dari sudut berbeza, gelombang aurora lembut dan berwarna-warni bergerak di belakang telefon, macam tengok aurora sebenar.

Rekaan Dynamic Halo Deco pada modul kamera pula menambah sentuhan premium, bukan sekadar elemen kosmetik tetapi melengkapkan keseluruhan identiti aurora yang dibawakan.

Skrin 6.59-inci AMOLED dengan 120Hz Smart Adaptive serta bezel nipis memberikan pengalaman visual yang selesa dan lancar sama ada untuk menonton video, bermain permainan video atau sekadar melayari media sosial.

Dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4% dan ketahanan IP69 terhadap air dan debu, telefon ni bukan sekadar cantik, tapi praktikal untuk penggunaan harian.

ColorOS 16: Lancar, Pintar, Ringkas

Hadir dengan ColorOS 16 dan Trinity Engine baharu, ia menjadikan setiap pergerakan di telefon lancar walaupun banyak aplikasi dibuka serentak.

Sistem ni juga dilengkapi 6-Year Fluency Authentication. Maksudnya, Reno15 direka untuk kekal responsif dan lancar walaupun digunakan bertahun-tahun, sesuai untuk pemilik yang guna untuk tempoh lama.

Navigasi dari Photos dan Album ke Home Screen, Search dan Control Centre bergerak lancar, manakala top 100 aplikasi dilancarkan serta-merta, dengan hampir tiada lag untuk tugasan harian.

Nak rancang perjalanan? AI Mind Space bantu tangkap, susun dan akses info penting dengan mudah, terus dari telefon. O+ Connect membolehkan pemindahan fail, termasuk Motion Photo, dengan iPhone hanya melalui ciri Touch to Share. Tambah pula Google Gemini & Gemini Live, chat pintar rasa semula jadi, lancar dan serba boleh.

Semua ini disokong dengan bateri 6500mAh dan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, membolehkan Reno15 digunakan sepanjang hari tanpa risau habis tenaga. Bila nak cas balik pun cepat dan efisien. Lancar, pantas dan berkuasa, pengalaman penggunaan terasa effortless.

“EZ Game, EZ Share”

Reno15 juga sesuai digunakan untuk bermain permainan video. Snapdragon 7 Gen 4 beri prestasi yang lebih padu sambil mengekalkan penggunaan cekap tenaga, jadi telefon tak cepat panas dan bateri tahan lebih lama.

Bila main game, AI HyperBoost 2.0 pastikan setiap permainan berjalan lancar tanpa sangkut. Pada masa sama, AI Game Capture 2.0 boleh rakam momen penting tanpa ganggu kelancaran permainan.

Sama ada nak simpan klip 15 atau 30 saat, atau ambil Motion Photos 3 saat untuk highlight gameplay, semuanya mudah dan terus boleh dikongsi bila-bila masa.

Reno15 Bukan Sekadar ‘Hype’

OPPO Reno15 tidak hanya menampilkan ciri canggih. Sebaliknya, ia memfokuskan bagaimana kamera, sistem dan prestasi digabungkan untuk memberikan pengalaman yang mudah, lancar dan konsisten kepada pengguna.

Dalam dunia teknologi yang bergerak pantas, pendekatan sebegini lebih relevan daripada spesifikasi tinggi tapi jarang digunakan.

Reno15 5G boleh didapati dalam dua pilihan storan iaitu 12/256GB pada harga RM1,999 dan 12/512GB berharga RM2,399. Selain itu, terdapat juga model Reno15 Pro dan Reno15 F.

Setiap pembelian Reno15 Pro atau Reno15 layak mendapat OPPO Watch S pada harga RM99 sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri pengalaman Reno15 di jerayawara (roadshow) dari 13 hingga 18 Januari 2026 di IOI City Mall, yang turut menampilkan persembahan artis serta jatuhan belon dengan 50% diskaun untuk belon merah jambu dan kopi percuma atau diskaun RM100 untuk produk iOT bagi belon berwarna putih.

Terdapat juga pelbagai promosi lain sepanjang jerayawara, termasuk cabutan bertuah dengan pembelian mana-mana model dalam siri OPPO Reno15.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri OPPO Reno15, layari halaman Reno15 Pro 5G, Reno15 atau Reno15 F.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress