Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini turut memperkenalkan model MacBook Air yang dikemas kini dengan cip M5 dan kapasiti storan asas yang lebih tinggi.

MacBook Air dengan cip M5 menampilkan 10-teras CPU dengan teras CPU terpantas. GPU sehingga 10-teras dengan Neural Accelerator pada setiap teras pula memberikan prestasi sehingga 4 kali lebih pantas untuk tugasan AI berbanding MacBook Air M4.

Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Dengan teras shader dipertingkat dan enjin ray-tracing generasi ketiga, cip M5 mempercepatkan tugasan seperti permainan dan pemodelan 3D. M5 juga mempunyai unified memory lebih pantas dengan lebar jalur 153GB/s, iaitu peningkatan 28% berbanding M4.

MacBook Air kini hadir dengan storan asas 512GB dan boleh dikonfigurasikan sehingga 4TB. SSD baharu ini juga menawarkan prestasi read/write 2 kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Selain cip M5, MacBook Air baharu juga dilengkapi cip N1 Apple yang menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6, paparan Liquid Retina, kamera 12MP Center Stage, hayat bateri sehingga 18 jam, sistem bunyi imersif dengan Spatial Audio, dua port Thunderbolt 4 yang menyokong sehingga dua paparan luaran, ciri Apple Intelligence serta sistem operasi macOS Tahoe.

Harga dan ketersediaan

Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

MacBook Air M5 tersedia dalam saiz 13-inci dan 15-inci dengan pilihan warna Sky Blue, Silver, Starlight dan Midnight.

Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 – Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Harga bermula dari RM4,699 (13-inci) dan RM5,499 (15-inci), manakala harga pendidikan masing-masing RM4,299 dan RM5,099.

Seperti MacBook Pro, buat masa ini belum diketahui bila MacBook Air M5 akan tersedia untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan - Harga Bermula RM8,999
  • Apple M5 Pro & M5 Max Rasmi — Cip 18-Teras Dengan GPU 40-Teras Dan 4x Prestasi AI
  • Apple Studio Display Dan Apple Studio Display XDR Baharu Dilancar – Harga Bermula RM6,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY